Sunday, September 10, 2017

Resah

Hai! Rajin pulak aku semenjak 2 menjak ni bukak blog. Nak menghilangkan resah di hati. Kadang-kadang dengan menulis ni dapat menenangkan sikit hati ni. Sikit laa..Mungkin sebab kali ni luka di hati agak dalam, proses nak melupakan tu ambik masa sikit. Terlebih layan perasaan sikit, mula laa..Amboi. Luka di hati tau. Haha. Apa yang terlukanya? Biarlah rahsiaaa...Hehe.

Seriously, bila hati terluka, nak buat apa pun serba tak kena. Mujur ada anak-anak jadi penghibur. Boleh la nak lupa sat beberapa perkara yang tak patut. Aku jenis cepat sensitif, cepat terasa, sukar untuk marah, mudah memaafkan tapi susah untuk melupakan. Entah lah. Patut lah kita kena letak kepercayaan untuk Allah S.W.T sahaja semata-mata daripada semua makhluk di bumi ni. Cuma, sebagai manusia biasa, kelemahan aku di situ. Kepercayaan aku kepada manusia dah semakin berkurang. Dramatik tak ayat? Haha. Kenapa ye susah nak melawan kelemahan diri ni. Kadang aku terfikir, kat mana silapnya aku salahnya aku walaupun tak tahu salah siapa sebenarnya.

Banyak kali kecewa dengan perbuatan manusia. Kecewa yang teramat-amat sangat. Sedih tak tahu nak cakap sampai aku fikir sudahlah, I don't care anymore. Lantaklah apa nak jadi. Aku buat hal aku je. Sudahnya memang aku buat hal aku je lah.

Tak perlu faham apa yang aku tulis. Sekadar coretan di hati. Ye. Berdoa selalu dengan Allah. Ada masa hati ini tewas juga. Macam ada yang baca blog aku. Haha. Harapnya tak ramai la yang ingat blog ni. Cantik tak layout baru? Haha. Blogger dah ada layout cantik. Mari kita cuba.

Till then.

2 comments:

Anonymous said...

Fuiyo layout baru.

Sabar itu separuh dari iman.

Semoga terus tenang dan tabah dalam menghadapi onak ranjau yang berduri,
Semoga hidup terus diberkati dan dikasihi.

Amin.

Siti Farhana said...

amin. #prayforhana please? :D