situasi 1.
kuliah intro to S.E seksyen 13
aku: ni kelas intro to software engineering kan?
tak sempat tanya nama: ha? apa?
aku: (dalam hati: slow sangat ke suara aku. ke aku salah sebut subjek). ulang balik macam ayat atas.
tak sempat tanya nama: ha'ah kot. kitorang pun baru msuk je seksyen ni. klu tak dulu seksyen 12. tapi sebab kena rombak kan.
aku: oh. *angguk angguk. tanda paham.
tak sempat tanya nama: baru masuk ke.?
aku: again. aku sengih je. tak la. dah tahun 4 dah.
tak sempat tanya nama: oh. *terlopong lagi. susah ke subjek ni kak?
aku: takde lah. bla bla bla. explain.
situasi 2
kuliah intro to S.E seksyen 11 & 12
aku: ni kelas intro to software engineering kan.?
fida: *angguk angguk. student baru eh. seksyen 12 ke?
aku: *sengih sengih. tak lah. da lama dah. *sengih lagi.
fida: eh? dah lama?
aku: tahun 4 dah. *sengih lagi lagi.
fida: *terlopong. ohh. akak la nie.
aku: haha. lebih kurang laa.
fida: susah ke subjek ni kak? *sambil buat muka cuak sebab dah tahu ada akak senior.
aku: (dalam hati: ingat aku fail la nih.) tak lah. senang jer. subjek baca je ni. mana ada susah pun. bla bla bla. terpaksa explain lagi dari A-Z.
fida: oh. yeke. overall kos ni susah tak kak?
aku: erm...tak susah tak senang.
haha. itu baru dua situasi. memandangkan subjek ni di ajar dekat budak-budak 1st year. macam ni lah jadinya. macam-macam pertanyaan dari diorang nih kalau tau aku ni dah senior la knonnya. yelah. tahun 4. 3 tahun beza dari diorang. mesti la dah senior kan. lpas tu tnya sbjek ni susah ke tak. kos ni susah ke tak. dah macam jadi kaunter pertanyaan pulak ha.
oh ye. kalau tak aku belajar dengan student seksyen 13. tapi sebab jadual clash, terpaksa follow jadual seksyen 11 & 12. nasib badan. terpaksa la pandai-pandai cari bila ada masa free. tapi aku lagi suka kot belajar dengan seksyen 13. student nya pun tak ramai. dalam 15 @ 16 orang kot. bayangkan, dalam seksyen 11, perempuan melayu sorang jer. fida tu lah yang aku baru kenal. seksyen 12 pun dalam 8 orang. lelaki melayu pun sama la kot. aku tak kira pulak. tah la. ramai sangat studentnya kuliah ni. dah campur 2 kuliah kan.
yang penting lagi ramai dari kuliah aku dulu. bila dah belajar dengan adik-adik. lain pulak rasa. ye lah. betapa cerianya kelas. meriahnya kelas. korang imagine lah sendiri yer. aku sorang senyap kat tepi dinding. tengok diorang. haha. tiba-tiba terbayang zaman kita masa first year dulu. agaknya kita dulu pun macam tu kot rakan-rakan. kepoh je. masuk zaman nak buat PSM, kelas macam tak bernyawa dah. haha.
kelas aku sekarang pun dah bercampur-campur. ada belajar dengan kelas network. untuk subjek mate. belajar dengan kelas software untuk subjek-subjek software dan intro nih dengan student 1st year. nanti aku cerita kisah dalam kelas mate pulak. kelas network ada pelakon tau. haha. surprise surprise. aku tak sempat nak beramah mesra lagi. sempat kenal-kenal gitu, gelak-gelak masa buat latihan mate, makan-makan jer. hehe.
aku: hari sabtu. terasa macam hari ahad. mungkin hari jumaat semalam takde kelas 1 hari. :D
adios~~
with į¦
n@n@
2 comments:
hehehe...laki ke pmpn pelakon 2...
nnt knal kn la senior die yg ni ek:p
surprise surprise la mint.
haha. insyaAllah. klu ada ksempatan borak pnjang. aku jmpa pun time kelas mate jer. huhu.
Post a Comment