Wednesday, December 05, 2012

USS - part 1


hai! ok. nak tunaikan janji..kita buat short and simple je lah eh..cheewah..nak cerita experience pergi Universal Studio Singapore hari tu..bertolak hari jumaat, 2 November 2012..checkpoint pertama dekat rumah Fatin, kawan Ijan..semua berkumpul dekat situ dulu, brekfes, prepare apa yang patut..isi borang apa yang patut masa nak masuk kastam nanti..check passport bawak ke tak..kalau tak, menangis tepi jalan pun takde lagu nanti..

nampak passport i tu..nampak tak..wee~
semua gembira isi borang. muka eksaited masing-masing.

selesai semua, maka kitorang pun memulakan perjalanan dalam pukul 9.30 macam tu lah kot..dengan 2 buah kereta je..plan asal pukul 9..tapi takpe..sepanjang perjalanan ke Johor tu selain dari berborak dan makan, aktiviti lain adalah tidur..yang tak tidur driver sorang je..melayan perasaan sendiri..masing-masing penat tak cukup tidur malam semalam tu..dah aku sendiri pun tidur pukul 2 bangun pukul 5.30.. -__-'

berehat dekat RNR pun harus ambik gambar.
busy inform status perjalanan.
lepas 3 jam perjalanan macam tu lah, sampai lah kitorang ke destinasi yang dituju..Johor Bahru. Here we come!! terus pegi hala hotel nak rehat dan solat semua..sebab next plan, pukul 3 nak masuk singapore..tempat pertama yang kitorang nak pergi adalah Maritime Muzium dan lepas tu ke Singapore Flyer..disebabkan check in pukul 1.30 ke 2 tah, kitorang tak dibenarkan check in lagi selagi belum cukup masa..ingat sampai awal, boleh terus check in..sabar je lah..dah lepas tak tau nak buat, pusing-pusing kedai yang dekat dengan hotel nak cari makanan..

boyzone
dan boyzone jadi tempat kami singgah untuk makan..cukup la pergi sekali je..lepas ni taknak pergi dah..ok ok je lah kat sini..out of 5, i give 3 je lah..after makan, balik hotel, rehat, solat then bersiap untuk ke singapore..semakin hampir ke destinasi yang dituju...

our first picture dekat eskalator. muka eksaited.
sebabnya, setiap kali naik eskalator, akan ambik gambar..dan setiap kali jumpa stesen tunggu train, ambik gambar..rasanya setiap stesen kitorang bergambar kot..masuk kastam, keluar kastam..beratur nak ambik cop kastam..prosedur biasa kot aku rasa kan..semua orang pun macam tu..tudung tu bercorak sikit sebab by the time we all parking kereta, hujan terus turun lebat..tak sempat nak turun kereta lagi..dah la parking jauh dari kaunter..maka, berlari-lari anak lah kami ke kaunter tiket..tu belum nak jalan ke kastam..tunggu hujan reda sikit baru berjalan ke kastam..time tu dalam pukul 4 ke 5 tah..masa ni tak tahu pun muzium tutup pukul 6..

kiri tia kanan ijan
sewaktu dalam bas nak menyeberang laut nak masuk singapura..asal ada peluang je semua mesti bergambar..memori itu indah kan..cheewah..

kiri atas nabila kanan fatin bawah fatin dayana.


masa ni kami dah tiba di singapura..apa nama tempat tah..lupa dah..haha..then kami kena berjalan ke stesen mrt untuk ke maritim muzium..tengok peta tu masuk singapura kat utara, uss tu dekat selatan..jauh jugak lah..1 jam perjalanan..actually, muzium tu dekat dengan uss..tujuan utama ke sana sebabnya nak beli express tiket untuk main dalam uss esoknya..tapi, kita hanya merancang kan..ALLAH S.W.T yang lebih mengerti.. :) setibanya dekat dekat dengan muzium tu, dah pukul 6..dan tempat tu pun dah tutup..even nak beli express pass pun tak boleh...banyak berjalan, sebab tu rasa macam letih je ke sana..dan tempat tu tutup..dah melepaskan penat, discuss balik, maka teruskan perjalanan ke Singapore Flyer...eh, serius lah dah lupa nama tempat-tempat kat sana..hahaha.


 

































woodlands..ini sebelum masuk singapore kot..haa..ye kot..haha..orang singapore, tolong bagitau jap betul ke tak.. :D so, dari pagi sampai ke petang, masih belum tiba tempat yang dituju..walaupun dah masuk singapura....next, part 2 i update yang pegi Singapore Flyer yer..nanti i kaji nama tempat sekali yer..hahaha..dah sebulan kot pergi sana..haruslah dah lupa..dah sebulan baru nak update entry kan.. :D ok lah..babai! tunggu part 2 pulak..hopefully by this month lah keluar part 2.. :p


tweettweet : next vacation?

3 comments:

mama wanie said...

bestnyerrr.....
bila lah mama n family nk sampai uss...

Anonymous said...

gambar : nampak passport i tu..nampak tak..wee~
komen : bukan passport je nmpk..kaki pon i boleh nmpk..haha

gambar : busy inform status perjalanan.
komen : canggihnya phone, boleh update status fb/twitter. :D

Siti Farhana said...

mama wanie :
memang best sangat.... :) pergi lah nanti bila2..


u pegi tengok kaki i sapa suruh..org suruh tgk passport -__-
apesal tak komen semua gambar..