Saturday, August 28, 2010

kawan lelaki.

"Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran"
 
oh. tu lagu yang tengah berkumandang dekat era.fm.
sambil mata mengadap nota nota database, telinga mendengar lagu lagu dekat era. nak merehatkan mata sekejap. tulis la entry.
dalam pukul 9 tadi, tiba tiba muncul window ym aswad.
aku tak rapat sangat dengan dia. tapi adalah pertalian kawan tu. mungkin sebab kami pernah rapat sekejap masa sekolah. habis sekolah. on off on off. jumpa pun kalau dia datang rumah time raya. tapi raya tahun ni tak tahu la dapat jumpa lagi ke tak. :)
terkejut. sekian lama tak bersembang dengan dia.
yalah. orang sibuk lah katakan. berbakti untuk negara. :D
tapi kalau dia cari aku takde benda lain dia tanya. pasti soalan yang satu tu jugak.
bla.bla.bla. pot pet pot pet bagi penjelasan.

reaksi dia?
"ampa nak kena pukoi dengan aku ka?"
 
huih. garang aih kawan aku sorang nih. haha.
dia tengah bercuti. ingat cuti raya. tapi cuti weekend saja. dari dulu lagi cuti dia memang tak menentu. so, tak yah la sebut pasai cuti panjang dengan dia. satgi ada jugak yang kena pukoi lagi. hak hak.
sembang sembang lagi. pasal kawan aku praktikal. then aku cakap sem ni last aku belajar. sem depan dah mula praktikal. kemudian dia cakap.
 
"oh. yang delay hari tu eh."
 
terkejut jugak aku dia ingat lagi. even dah lama jugak takde kontek. yelah. selalu bila aku cakap aku extend satu semester belajar dekat kawan kawan, rata rata tanya balik sebab apa. jenuh nak kena cerita balik satu satu dari A sampai Z. bila aku cakap aku terkejut dia ingat lagi aku kena extend, dia cakap, apa nak lupa. member member punya hal. aku senyum sorang sorang. tapi memang dari dulu pun dia macam ni kalau bab kawan kawan ni dia memang terbaik. bukan dia sorang ja. boleh dikatakan kawan kawan lelaki aku kat sekolah dulu sangat supportive bila masuk cerita pasal kawan.

bukan nak kata apa. kadang kadang persahabatan lelaki ni lagi jujur dari persahabatan perempuan. mungkin sebab lelaki ni kurang emosi berbanding perempuan. takde nak terasa terasa. takde nak fikir bukan bukan. takde nak kutuk kutuk belakang. kalau bergaduh, bertumbuk, esok tu baik. tak macam perempuan, bergaduh berhari hari. masam muka. macam macam peel lagi lah. kadang susah jugak nak faham kaum sendiri. haha. hubungan persahabatan diorang jugak lebih tahan lama dari kita yang perempuan. masing masing belajar jauh. tapi balik cuti je konfem cari member member. 

mungkin sebab perempuan. tak boleh nak jalan jauh. kena tahan duduk rumah. masuk sekolah asrama. kawan kawan satu semenanjung. susah la nak jumpa. sorang duduk ceruk sana. sorang duduk ceruk sini. gathering? ada ja gathering. tapi sekali lagi kena tahan dekat rumah. nak message tiap tiap hari pun bukan ada benda nak cerita. mujur ada facebook ja. boleh la nak komen sana sini merapatkan lagi hubungan yang terputus. haha. 
*ini merujuk diri sendiri sebenarnya. :D :D
 
dan aku tak ramai kawan rapat lelaki. yang boleh aku berkongsi cerita. ada pun kawan sekolah je. itu pun sebab memang dah rapat dari sekolah. walaupun takde lah kenal sangat sepenuh hati kan. tapi at least aku boleh percaya diorang dari lelaki lelaki yang lain.
 
 
 aku: esok test yang ke-2. tapi jiwa dah melayang ke rumah. huu~~
 
 
adios!!
with ღ
n@n@ 

2 comments:

F Yusof said...

haha esok test tp jiwa kat rumah :)) same goes here. exam is coming soon but my mind thinking about raya jea. goodluck!

Siti Farhana said...

gluck Yusof:

haha. macam ni lah kalau buat test time nak raya. xboleh fokus. :D
goodluck to you too. :)