Sunday, August 15, 2010

hari graduasi.


assalamualaikum. selamat petang. =)

musim hari graduasi.
sana sini dalam facebook semua pakat letak gamba konvo masing masing.
mostly rakan rakan yang sebaya dengan aku.
yang satu sekolah dulu. semua dah berjaya dapat degree atau diploma masing masing.
ada yang dah sambung master pulak. sekejap nya masa berlalu.
dah 5 tahun tinggal alam sekolah. terasa macam baru semalam je aku duduk dalam kelas. bergaduh. ketawa. makan dekat ds. jalan pergi masjid. =)

memandangkan aku belajar 3 tahun 1/2. tahun depan lah baru aku dan rakan rakan akan konvo. lewat setahun dari orang lain. insyaAllah kalau panjang umur.
seronok tengok orang konvo. dah dapat ijazah. penat lelah belajar 3 tahun dah selesai. mesti tak tergambar rasa gembira tuh. mak ayah semua senyum gembira. susah senang mak ayah cari rezeki untuk kita belajar akhirnya akan dibalas. walaupun tak terbalas rasanya.

aku dah cakap dekat family. aku grad semua orang kena datang. haha. tak kira. abang dgn k.eda kena ambik cuti jugak. papa mungkin time tu dah bersara. so, takde masalah. mama always available. dikme? apa salahnya ponteng kelas untuk kakak tersayang. haha. auntie tersayang, maktih & makuda pun wajib dtg. habih aku angkut semua. :D
oh. yana. nak datang tak?? hee..
apa apa pun, itu semua perancangan kan. apa yang jadi tak tau.

untuk smua rakan rakan yang dah grad, ex-Sek.Keb. Selama, ex-Gerik & ex-PDRM. 
tahniah. =)
nak sebut nama sorang sorang ramai sangat. =)
tak lupa untuk rakan rakan ump yang nak grad bulan 10 nnti.
mostly utk ida & fa yg tengah sibuk cari baju. :D
tak lama dah korang tu. sebulan je lagi. haha.
congratulation sis!


aku: teringat masa konvo dekat sekolah dulu.


adios!!
with ღ
n@n@



Saturday, August 14, 2010

yang teristimewa.

7.30 petang tadi.
makan murtabak sebagai juadah berbuka puasa.
cukup lah. tak rasa lapar sangat. even hanya makan biskut 2 peket kecik dan susu 1 kotak sebagai sahur. jadilah nak alas perut.

tiba tiba telefon bunyi.
abang yang telefon. oh. yela. dia balik rumah.
bukak puasa dekat rumah. 
jeles!
semua berkumpul. aku sorang je takde. huh. T_T

abang: hello. buka apa hari ni.
aku: makan murtabak je. nape.
abang: takde apa. ni. cakap dengan mama. hehe.

mama: ha. hello. tgh makan ke.
aku: ha'ah. makan murtabak.
mama: laa.. nasi tak makan. sahur pagi tadi makan apa.
aku: tak rasa nk makan nasi pun. ala. makan murtabak sekeping. bnyak la ni. makan biskut dengan susu je.
mama: tak lapar ke. kang sakit perut lagi.
aku: tak lah. ok jer. kat rumah buka puasa apa.
mama: bihun sup sayur.
*feveret kami adik beradik. tmbah tmbah abang. mmg feveret dia. huh. jeles lagi!
aku: nape abang telefon. saje la tuh.
mama: *gelak gelak. saje je. dia tanya adik buka makan apa. haa. takpe lah. mama nak smbung makan nih.
aku: ha. ok2.

betapa concernnya abang telefon tnya buka makan apa. ahh. rindunya nak balik rumah. dh lama tak berkumpul ramai ramai macam tu. 
*walaupun adik beradik tak ramai. huhu
jeles lagi. haih. takpe. lagi 3 mnggu jer.


makan besar. abang belanja.
nnti tunggu turn aku pulak belanja. oh. itu mama dan papa.


my lil bro.


oh. gmbar kakak ipar sedikit kabur. sekejap.


haa. ini terang. hee.


klu tengok gambar 1st. byk kan mkanan. tapi tak habis pun. bungkus bawak balik jugak. haha. eh. ok la. literature review 1000 patah perkataan menanti.


aku: mid term dah nak bermula minggu depan. doakan aku berjaya yer. :)


adios!!
with ღ
n@n@

Thursday, August 12, 2010

ramadhan

assalamualaikum. selamat pagi. =)
alhamdulillah. hari ni dah masuk hari ke - 2 Ramadhan.
hari pertama puasa tak de lah letih sangat. mungkin sebab semalam kelas tak penuh. pukul 12 dah balik hostel rehat sampai petang.
tapi, bas nak ulang alik dari kk4 masuk dalam pun dah ada. mungkin sebab puasa kot. tahu penat nak ulang alik tengah panas.
syukur lah..

rasa belum terlewat lagi kot nak ucapkan selamat menunaikan ibadah berpuasa. mudah mudahan segala amalan kita diterima. harapnya Ramadhan kali ni lebih membawa rahmat dan kebahagiaan dalam hidup aku dan keluarga serta rakan rakan juga. mudah mudahan jugak segala yang tersimpul, yang berselirat akan terlerai.




 
aku: perasaan tu makin menjadi bila tibanya bulan Ramadhan.


adios!!
with ღ
n@n@

Tuesday, August 10, 2010

ambik gambar dan bergambar

a conversation between me and my abang.

me: bang. ipoh bila ada pc fair haa? nk tngk kamera laaa..

abang: adik nak kamera apa? SLR ke compact?

terbeliak biji mata bila dia tnya nak slr..

me: uih. slr tu mahal laa. nk cari compact jer. 

abang: ooo..berapa bajet?

bla..bla..bla..bla..
dan perbualan kami berlanjutan sampai la berapa lama tah.
angan angan raya ni boleh dapat kamera..huhu. kot kot abang baik hati nak belanja kan..

mula mula tak kisah la kan nape abang tanya nak slr ke apa kan. kot la main main ke apa kan. sekali tengok facebook. dia dah ada rupanya slr. Nikon D300S. dah pergi kelas photographer lagi.. aii..nak tuka profesion ke abang aku nih..nk jadi wedding photographer kot..tengok gamba bnyak amik gamba pengantin. bang, adik xmampu lagi nak beli slr tu. tunggu la dah keje 5, 6 tahun. huhu. abis sangat pinjam abang punya pun ok la kan. haha.
*takde maknenye kot dia nak kasi.*
hmm. senang la nnti nak konvo. nak kawin. tak yah upah orang lain jadi photographer. :D


aku: tak pandai tangkap gamba. tapi suka bergambar. ada sapa sapa nak model?? :D




adios~~
with ღ
n@n@

Wednesday, August 04, 2010

database @_@ SDP

assalamualaikum. selamat malam.
hari ni dah 4 ogos dah. dah hari rabu nk masuk khamis.
tetiba je rasa 'eh. sekejapnya dah nk khamis'.
mungkin sebab minggu ni bizi dengan byk assignmnt nak kna hntar.
waktu tu rasa sekejap jer. whew~~

cakap pasal hari khamis. esok due date submit proposal database.
ok. aku faham la sikit sikit kan sebelum belajar dulu.
bila dah belajar ni lagi bertambah faham la kan. tahu dah la ER Diagram tu mcm mana kan. haha. teruk betul. baru nak faham ER tu mcam mana. biasalah kalau dh belajar database konfem kena buat projek kan. nak kena design ER Diagram bagai semua tu la kan.

so, tadi buat discussion lagi. yang ke berapa tah. kena rekod tau buat discussion. ke memang ada sebelum ni? aku pun tak ingat dah. so far ok la member group aku. semua satu kepala. boleh masuk. 1 malaysia bak kata dr. haha. oh. group aku ada 5 orang. aku, syahkina, parimala, desmond dgn irzad. konfem korang tak pernah dengar punya nama ni. :D yang penting tadi semua orang bertungkus lumus nak menyiapkan proposal masing2. trmasuk la group aku. hah. kami bnyak gelak je dari buat. sebab semua orang konfius dengan information dri dr. grup ni ckap lain. grup lain ckap lain.
last-last kami buat ikut kami faham & agak2 dr. faham. harap-harap lah.

software planning? ah. aku rsa belajar msa tahun 2 dulu lagi faham, lagi teratur, lagi happening la dari sekarang. kelas sekarang mcam tak teratur. even dulu asyik kena hentam je kan. tpi sekurang-kurangnya ada jugak guide. sekarang ni pun aku asyik follow macam dulu jer nk buat sdp. dengan methodology semua. semua fikir sendiri. takde guide. lecture benda len. lab bnda len. nnti kami yang tunggang terbalik. boleh pulak kan tengah kelas mesej tiah tnya pert chart buat dri apa. dah lupa. huhu. bukan nak kata tak elok usaha sendiri kan. even dulu yang ada guide pun terkial kial nak faham sdp. ini yang takde guide. jenuh semua tak tau nak buat sdp. aku memang refer dokumen yang lama terus dah. aci la kan mcm tuh. nasib jugak penah buat benda ni dulu, sekurang-kurangya ada jugak la guide untuk group aku buat benda alah ni.
 
ada ke buat software planning tak guna methodology. bukan methodology tu penting ke? ingat lagi time kena present methodology dulu. kena hentam jugak kan kalau tak faham methodology. =_=
 minggu depan formal review. macam tak sehangat dulu je rasa. takpe. tunggu minggu depan hangat ke tak hangat.


aku: minggu ni kepala dah tepu dengan algorithm-algorithm discrete. macam keretapi. bukan..macam jet pejuang..



adios!!
with ღ
n@n@