source : islamic thinking tumblr
Wednesday, December 26, 2012
Tuesday, December 25, 2012
thank you coach!
selamat menyambut hari krismas kepada sesiapa yang menyambut..
hari ahad yang lepas, seperti biasa adalah hari aku pergi ke event herbalife..sampai ijan pun tiap-tiap minggu dah tanya minggu ni event dekat mana..minggu ni event dekat mana.. :D biar aku explain sikit setiap hari ahad aku ke mana..ahad minggu pertama selalu nya akan ke Hotel Pan Pacific dekat PWTC..minggu kedua sama ada di SACC Shah Alam atau K-Club Taman Melawati..begitu juga dengan minggu ketiga..bergilir lah antara 2 tempat ni..dan minggu terakhir setiap bulan adalah di Putrajaya..dulu dekat Pullman..sekarang dah bertukar ke IOI Marriot..oh, aku sangat kagum dengan reka bentuk bangunan hotel-hotel ni..kalau tak pergi event, tak merasa lah aku pergi melawat hotel-hotel ni..walaupun hanya Putrajaya..ada ke orang saje-saje nak melawat hotel..takde kan..mungkin aku akan pilih sebagai salah satu tempat untuk honeymoon..sebulan sekali..aci tak? ;D future husband, please take note. peace. hee..
event dekat Putrajaya hari tu adalah salah satu event yang sangat memberi impak dekat diri aku..sebab 1st Presiden Team Gen-H Herbalife telah di 'recognize' on that day..apa maksud recognize dalam melayu? diiktiraf ke? ok lah..diiktiraf.. Amalina Peter & Abqari Hamid. They are just 23 and 24 years old..tapi dah jadi Presiden Team termuda..income bulanan tak perlu cerita banyak 100K above..berpuluh kali ganda dari gaji aku sekarang...impress..you guys can read more about them from here. :) aku baru kenal mereka sejak pertama kali guna Herbalife dan setelah pergi event..kalau tak pergi event tak akan kenal mereka..they are really inspiring me..mereka bermula dengan Herbalife seawal usia 18-19 tahun..habis belajar tak kerja dengan orang..terus buat Herbalife..dan sudah ada anak seorang..selepas 6 tahun, inilah mereka..kalau baca blog mereka, jangan kata buat Herbalife adalah macam skim cepat kaya..tak ada benda yang boleh buat cepat kaya kalau tak ada usaha..insyaAllah, I will work for it..dan event adalah tempat untuk belajar..tempat yang penuh dengan ilmu..bukan cakap-cakap kosong semata.. :)
because I have lots of dream to achieve..dari Herbalife jugak aku belajar semua impian akan jadi kenyataan..one of my dream dah jadi kenyataan..aku dapat makanan yang sihat setiap hari..tak perlu risau badan akan gemuk dengan makanan yang tak berkhasiat..honestly, aku pernah tergolong dalam golongan orang yang akan diet tak makan nasi sebab takut gemuk..aku memang sangat sangat care pasal badan aku..tapi aku tak boleh tak makan nasi..sangat menjaga perut supaya tak buncit..dan mengikut petua taknak perut buncit, minum air 30 minit selepas makan..i do it..aku memang buat..tapi kenapa pipi masih tembam kan.. :D sekarang, aku tak perlu risau nak makan apa pun boleh..no more diet nasi..makan lah suka hati..cuma sekarang dah pandai dah nak manage kuantiti nasi tu nak ambil berapa banyak..nasi itu penting juga peranan dalam badan kita..dah tak makan ayam goreng selalu..banyak kan makan sup sup dari yang bergoreng..tak ada lagi nasi lemak, mee goreng, bihun goreng as my brekfes..itu yang penting..no more fast food..i don't remember bila last time aku makan kfc, mcD dan pizza..seriously..boleh makan..cumanya jarang kan makan..semuanya datang dengan kesedaran diri..bila kita betul-betul nak menjaga kesihatan badan kita, kita akan sedar sendiri..dan sekarang dah pandai minum air masak sehari 2-3 liter..nak try 4 liter pulak..2 liter sehari is a moust for me now..
thank you to my coach. :) selalunya dekat event, speaker suruh peluk coach to appreciate them..tapi, tak kawin lagi, tak boleh peluk la yer coach..peluk ibu je on behalf.. ;D thank you again. :)
next dream, to make all my family member consume Herbalife..it's not just about money..bukan duit semata-mata yang aku nak..hidup itu yang aku nak..but, if u have your own way to get yourself healthy, it's up to you..this is my way.. :) siapa sangka aku akan jumpa Herbalife? ini semua kerja Tuhan..
kalau rasa nak consume Herbalife, jangan malu jangan segan nak bertanya.. :) till then..
Monday, December 24, 2012
i am.
hidung tersumbat..tekak sakit..mata berair..dan suara dah ala-ala macam ramli sarip..yes..that's my condition now..even waktu tengah lunch tadi pun boleh pening tiba-tiba macam nak pitam..gelap sekejap pandangan..nasib baik tengah duduk..mungkin sebab gigihkan diri bercakap..bercakap takde suara ni penat rupanya..luckily esok hari cuti umum..takyah ambik mc dah..hopefully...
bila tengah tak sihat, tiba-tiba perasaan pun nak jadi sensitif kan..nak pulak 2,3 hari ni tinggal sorang je..ijan bercuti balik rumah..mula terasa rindu dekat rumah dah demam demam macam ni.. :(
finally, hari ini keadaan kembali seperti biasa..perasaan? lega..sikit..sebenarnya, sedih pun ada seminggu dua ni..tapi, cuba untuk tak layan perasaan tu..perasaan ni complicated kan..susah nak tafsir..even diri aku sendiri pun aku rasa aku susah nak tafsir apa yang aku rasa..setiap kali bersendirian, setiap benda yang aku fikirkan, tak semua ada jalan penyelesaian..end up aku biarkan saja masa yang menentukan..complicated tak ayat aku? haha..mungkin menggambarkan perasaan aku yang tengah berserabut ni.
i admit. when that thing happens, aku sedih. rasa macam tak lengkap pulak 1 bahagian dalam hidup aku hari-hari..mungkin dah jadi kebiasaan kan..bila perkara luar biasa jadi, mula rasa tak kena je..tapi semua tu aku hanya boleh pendam dalam hati je..walaupun kadang-kadang rasa tak tahan jugak..nak cerita dekat sape..bukan semua orang faham situasi yang berlaku..hanya Tuhan je yang tahu..dan hanya pada DIA lah aku mampu mengadu..
but....selesai 1 masalah dah hari ni..harapnye lah selesai dah.. :D i can just say i'm sorry..walaupun sebenarnya aku tak tahu aku salah kat mana..tapi aku tetap rasa bersalah jugak..dan aku memang fail bab memujuk..walaupun hanya benda kecik je, tapi sangat-sangat bagi kesan untuk aku..sebab?? hmmmh..
ok..end of story...aku pun tak paham aku tulis apa..sekian..wee~
menangis gembira + sedih ? i am.
Thursday, December 20, 2012
forgive
“The ability to readily forgive should be driven by an awareness of our own flaws and mistakes towards others. But most of all, our humility should be driven by the fact that we wrong Allah every single day of our lives, when we sin. Who are we compared to Allah? And yet, Allah, Master of the universe, forgives by day and by night. Who are we to withhold forgiveness? If we hope to be forgiven by Allah, how can we not forgive others? It is for this reason that the Prophet ﷺ teaches us: “Those who show no mercy to others will have no mercy shown to them by Allah.” [Muslim]
source : destination jannah tumblr
tweettweet : menunggu hari 31 Disember.
Saturday, December 15, 2012
before and after
assalamualaikum..w.b.t.....
it's friday everyone..siapa tak suka jumaat memang pelik bin ajaib lah tu..tapi aku tak suka jumaat hari ini sebab dari pagi sampai petang aku tak buat kerja, pc slow kenapa tah dekat ofis tu sampai restart banyak kali pun tak mau tengok jam dah pukul 6 terus shut down balik dan bercita-cita esok nak pergi ofis sebab isnin bos suruh demo dan dan terus rasa nak pengsan! phew. tarik nafas. semoga cita-cita aku tercapai sebab esok adalah hari sabtu yer. -___-
dah..tengok keputusan esok sape menang, rumah ke ofis yang menang..
ehem..tengok la header baru kite..cantik tak..cantik tak..ahaha..well, malam ni aku gigih mencipta header untuk belog lepas tu rasa nak buat cover photo sekali lah dekat facebook..aci tak..sebab dah officially jadi Herbalife Independent Distributor tu yang mula rasa nak bekerja keras ni..cuma belum sampai gunung berapi nak meletus lagi..baru dok menggelegak je kat bawah tu..di tambah pulak dengan kata-kata "awak no problem..saya kan ada". tapi tetap tak boleh jadi.. :D
ehem..ini adalah aku tahun lepas masa konvo..isk..tembam kan pipi..haih tu lah dah duduk rumah makan sedap-sedap je selalu..eksesais nye 2,3 kali sebulan..tu pun konon-konon nak eksesais..aku ada sorang kawan baik dekat rumah yang kami sama-sama terasa pipi masing-masing dah tembam, lepas tu nekad setiap pagi pukul 7 pegi joging dekat taman..joging petang panas..tu yang gigih dan nekad nak pegi pagi..keputusannya..? tak ada keputusan..haha..sama macam di atas je.
dan...ini adalah aku pada bulan 11 yang lepas..ni baru balik dari singapore..oh, cerita pasal uss belum habis lagi kan..nanti ye sambung..aku tak faham kenapa mesti capture gambar aku masa tengah taip sms..tapi takpe..aku suka semua gambar masa aku tengah taip sms..credit to my housemate alias fotografer of the day.. :D haa..selepas 7 bulan guna produk herbalife, inilah hasilnya..kecik la sikit kan..dah tak tembam dah pipi i..tapi tembam lagi sikit-sikit ha...nak fokus untuk reshape kan balik badan..siapa tak suka cantik kan..tak mengubah ciptaan Tuhan..hendak mendapat tubuh badan yang sihat saje.. :)
nak tunjuk gambar full badan nanti orang kate takde beza..kita tunjuk beza dekat muka je lah yer..oh, nak hilangkan juga jerawat-jerawat dekat muka ni..badan aku masih belum dicuci sepenuhnya lagi..terliur tak tengok makanan tu..sotong goreng tepung..wee~
but amazing result that i have, kebaya lama dah boleh pakai balik dengan selesa..Alhamdulillah..lepas ni nak selesakan lagi..dulu tengok je kebaya tu dalam almari..haha.
if you are interested to lose your weight, gain your weight or even maintain your weight , can ask me how. :) i will coach you..till then..goodnight!
Wednesday, December 12, 2012
tak ada yang special.
facebook..twitter..blog..penuh nak update 121212..tak lupa jugak status kawan-kawan gtalk aku..
yelah..sekali seumur hidup kot jumpe tarikh ni..
bukan nak cerita pasal 121212..
saje nak menghilangkan bosan dan nak tambah record dalam entry list ada tarikh 121212. haha.
tak ada yang special hari ini..
bye!
"Some hearts understand each other. - even in silence"
Friday, December 07, 2012
sometimes...
Sometimes in the pursuit of trying to make people happy…we forget Allah…we forget who we truly should be making happy until Allah shows us disappointment or pain to make us realize that the only one who’s pursuit we should be in is Allah’s. Pleasing Allah is the only pursuit of happiness that can truly fulfil and satisfy. Pleasing people is a never ending cycle that leaves us exhausted. Please Allah alone, live and love for Allah’s sake alone. That struggle in and of itself naturally mends relationships.
source : destination jannah tumblr
nice colour isn't it? :)
Wednesday, December 05, 2012
USS - part 1
hai! ok. nak tunaikan janji..kita buat short and simple je lah eh..cheewah..nak cerita experience pergi Universal Studio Singapore hari tu..bertolak hari jumaat, 2 November 2012..checkpoint pertama dekat rumah Fatin, kawan Ijan..semua berkumpul dekat situ dulu, brekfes, prepare apa yang patut..isi borang apa yang patut masa nak masuk kastam nanti..check passport bawak ke tak..kalau tak, menangis tepi jalan pun takde lagu nanti..
nampak passport i tu..nampak tak..wee~ |
semua gembira isi borang. muka eksaited masing-masing. |
selesai semua, maka kitorang pun memulakan perjalanan dalam pukul 9.30 macam tu lah kot..dengan 2 buah kereta je..plan asal pukul 9..tapi takpe..sepanjang perjalanan ke Johor tu selain dari berborak dan makan, aktiviti lain adalah tidur..yang tak tidur driver sorang je..melayan perasaan sendiri..masing-masing penat tak cukup tidur malam semalam tu..dah aku sendiri pun tidur pukul 2 bangun pukul 5.30.. -__-'
berehat dekat RNR pun harus ambik gambar. |
busy inform status perjalanan. |
boyzone |
our first picture dekat eskalator. muka eksaited. |
kiri tia kanan ijan |
kiri atas nabila kanan fatin bawah fatin dayana. |
masa ni kami dah tiba di singapura..apa nama tempat tah..lupa dah..haha..then kami kena berjalan ke stesen mrt untuk ke maritim muzium..tengok peta tu masuk singapura kat utara, uss tu dekat selatan..jauh jugak lah..1 jam perjalanan..actually, muzium tu dekat dengan uss..tujuan utama ke sana sebabnya nak beli express tiket untuk main dalam uss esoknya..tapi, kita hanya merancang kan..ALLAH S.W.T yang lebih mengerti.. :) setibanya dekat dekat dengan muzium tu, dah pukul 6..dan tempat tu pun dah tutup..even nak beli express pass pun tak boleh...banyak berjalan, sebab tu rasa macam letih je ke sana..dan tempat tu tutup..dah melepaskan penat, discuss balik, maka teruskan perjalanan ke Singapore Flyer...eh, serius lah dah lupa nama tempat-tempat kat sana..hahaha.
woodlands..ini sebelum masuk singapore kot..haa..ye kot..haha..orang singapore, tolong bagitau jap betul ke tak.. :D so, dari pagi sampai ke petang, masih belum tiba tempat yang dituju..walaupun dah masuk singapura....next, part 2 i update yang pegi Singapore Flyer yer..nanti i kaji nama tempat sekali yer..hahaha..dah sebulan kot pergi sana..haruslah dah lupa..dah sebulan baru nak update entry kan.. :D ok lah..babai! tunggu part 2 pulak..hopefully by this month lah keluar part 2.. :p
tweettweet : next vacation?
Monday, December 03, 2012
positif setiap hari.
selamat sejahtera pembaca.semua sihat hari ini.?dah minum shake hari ni? :) dan hari ni dah masuk bulan disember..sikit je lagi..sikit je lagi.. :) :) :) hari ini aku terasa nak share semalam punya event..
STS Pan Pacific di PWTC..selalunya untuk STS di Pan Pacific ni kitorang akan jadi action team..bermakna, kitorang akan tolong menjalankan event itu..dan yang organize event tu jugak sebenarnya upline
kitorang..dan tugas aku selama beberapa bulan yang lepas adalah tolong pakaikan tag
dekat tangan orang..ada pulak orang panggil tag batal air sembahyang kan.. -__- next
time kena pakai sarung tangan kot..kena tolong pakaikan sebab memang ada orang yang tak
reti pakai tag tangan tu yer..especially newbie in herbalife.. :)
kitorang..dan tugas aku selama beberapa bulan yang lepas adalah tolong pakaikan tag
dekat tangan orang..ada pulak orang panggil tag batal air sembahyang kan.. -__- next
time kena pakai sarung tangan kot..kena tolong pakaikan sebab memang ada orang yang tak
reti pakai tag tangan tu yer..especially newbie in herbalife.. :)
become one of the action team member best lah..salah satunya, minum shake free..wee~ sambil sambil ibu buat shake untuk speaker, boleh sambil habiskan shake tu..okeh, back to the topic... :D
selalunya,penghujung event akan ada guest speaker..dan guest speaker semalam adalah cikgu azhim..dari kuala nerang, kedah..this is my first time dengar dia punya sharing..bila dengaq dia cakap bahasa utagha,seronok weh..haha..ye lah..aku duduk kl memang tak keluaq la bahasa aku kan..dok cakap kl je..:D
selalunya,penghujung event akan ada guest speaker..dan guest speaker semalam adalah cikgu azhim..dari kuala nerang, kedah..this is my first time dengar dia punya sharing..bila dengaq dia cakap bahasa utagha,seronok weh..haha..ye lah..aku duduk kl memang tak keluaq la bahasa aku kan..dok cakap kl je..:D
cikgu azhim punya cerita memang best..thumbs up! selalunya orang mesti fikir pergi event dok suruh orang dengar pasal produk then suruh beli produk..then benda benda yang boring..macam MLM yang biasa lah kan..tapi aku tak pernah pun pegi event lain lain jenama..sebab dulu pun aku bukan percaya benda alah bisnes ni. ;) herbalife lain..orang mesti cakap, yelah dah aku ikut jamil..sebab tu lah aku pergi event..mungkin itu pun salah satu sebabnya..haha..tapi sebenarnya, masa mula-mula dulu pun aku mengelat jugak..mana nak ada pergi sangat..ada jugak bagi alasan..but then, aku sedar..aku sendiri yang terasa nak pergi..sebabnya aku
belajar banyak banyak banyak benda..bukan tentang herbalife semata-mata..tapi tentang life kita sendiri...
belajar banyak banyak banyak benda..bukan tentang herbalife semata-mata..tapi tentang life kita sendiri...
back to the topic..again....haha..cikgu azhim punye cerita..one of the best speaker i guest..sepanjang aku pergi event..ini yang paling best setakat ini..nak cerita banyak pun banyak sangat..sebab tu kena pergi event..tanya aku banyak-banyak pun, aku bukannya speaker yang bercerita itu..aku cuma mendengar cerita..dan berkongsi sedikit di sini..apa yang aku belajar semalam, setiap hari kena positif..whatever rejection yang datang, stay positif..masalah sentiasa ada..fikir masalah banyak-banyak pun tak guna..yang penting fikir cara nak selesaikan masalah kan..sebab tu aku tak kisah pun apa nak jadi dekat ofis..suka hati lah korang nak resign nak bergaduh, janji tak kacau aku sudah. eh. tiba-tiba kan. :D
keyword disini ada lah positif..positif setiap hari..tapi keputusan aku untuk keluar dari tempat itu tetap tak berubah..tetap nak keluar..lagipun dah dapat approval..wee~
so, conclusionnya..don't judge a book by its cover..then, don't judge herbalife until u use it and feel the difference..peace! i will never stop using herbalife. ;)
yesterday event. as usual. copy and paste dari jamil punya facebook. |
tweettweet : semoga murah rezeki nak beli kamera sendiri. tak perlu copy paste gambar dari orang.
Subscribe to:
Posts (Atom)