Wednesday, December 21, 2011

my first attempt of puding roti

good morning everybody.

such a beautiful and happy day. :)
there's some few things that make me happy this few days..
ahh..cik tikah, tak sabar nak jumpa u story mory. ;)

aha..semalam buat puding roti..
my first attempt..tak berapa suka sangat puding roti ni..lepas tu full dengan buah-buahan..
fruits are not my favourite in baking..
prefer kek kosong lagi..tapi untuk try2 boleh la..saje kasi family makan..
tapi..tapi..tapi..agar-agar buah koktel itu aku suka!



kan ada 4 partition roti tu..guess what..i only ate 1/16..
lepas semua roti tu potong 4 kan..hahaha..
tapi mama kata sedap! so pass!!
and of coz la mama yang habiskan...
*dalam hati nasib baik mama boleh habiskan..
tefikir sape la nak makan ni..sebab diri sendiri tak suka.. ;D

nampak sedap kan..buat pun semudah A,B,C dan 1,2,3 saja..
tabur je buah-buah ape nak letak..
as for me, aku letak ceri merah hijau,prun,kismis,laici, dan gajus.
lepas tu siram dengan susu cair yang dicampur dengan telur,esen, dan gula..
alaah..sama je lah macam buat puding roti lain-lain tu.. ;)

nanti ada satu lagi puding nak share.


tweettweet : new year means new age. huh.

Thursday, December 15, 2011

ada orang pernah cakap.

hello disember!

ada orang pernah cakap.
"kalau kita tengok muka mak ayah kita hari-hari, kita dapat pahala."

dengan keadaan ini, sekurang-kurangnya aku dapat membahagiakan mereka dengan berada di sisi mereka.
walaupun hati memberontak, tapi sebenarnya jauh di sudut hati,
aku pun tak sanggup nak berjauhan dengan mereka.


alalala..comel kan....not my cats..terjumpa saja gambar ini..


now. this is my cat. ;)
dia pun penyeri dalam rumah kami.


tweettweet : thanx to you. :)

Sunday, November 06, 2011

my hero.my love.

assalamualaikum.

it's hari raya Aidil Adha guys.
semua orang buat korban. termasuk la penduduk taman ni.
well..my hari raya is eat-then-sleep-then-eat-again.
hahah..takde ke mana-mana pun..tambah pulak hujan turun dengan lebatnya kan..
maka duduk dirumah adalah pilihan terbaik..

saying about 'pengorbanan'.
something happened yesterday when papa was talking to mama at the kitchen..
aku bukan curi-curi dengar..cuma terdengar aje.. ;)
masa tu papa tengah nak masak sambal petai..
ohh..sambal petai was my adik favret ever..
so,sejak-sejak dia sambung belajar, everytime he comes back for holiday,
papa mesti akan masak sambal petai..
i've watched that part..selalu nampak..
sama lah macam semalam..papa beli petai lagi..
then, aku dengar papa cakap...

"dulu, kalau ada sambal petai tak keluar rumah dah..sekarang ni tak pandang dah sambal petai..asyik keluar je..tak cari dah sambal petai.."
 
actually, i've heard that twice..once was last 2 week..
but this time really make me sad.. 
*even now air mata dah bergenang..hiks.. :D
 
macam banyak artikel yang aku dah baca..
kita selalu jer tak sedar yang ayah pun sayangkan kita..
mungkin sebab ayah tak banyak marah..tak banyak membebel macam mak kita..
konon-konon macam tak ambik kisah dengan apa yang kita buat..
tapi they really really really care pasal kita sama macam mak kita..
bila kat depan papa macam macho, tapi belakang banyak terpendam perasaannya..
sejak duduk kat rumah ni je kan..banyak benda yang aku tengok..
especially pasal papa..konon macam the other part of papa.. :)
beliau akan cuba memenuhi semua kehendak anak-anak even masa tu tengah susah..

ok..enough..air hidung dah meleleh.. :p
harap-harap aku diberi kesempatan untuk membalas segala jasa dan pengorbanan papa dan juga mama..walaupun aku tahu tak terbalas untuk semuanya.. :)

comel tak papa kite. ;D


aku: orang tengah beraya..kucing aku musim mengawan pulak..duhh =_=


adios~!
with ღ
n@n@

Monday, October 24, 2011

cerita semalam dan hari ni.

hai.hai my dear readers. *anggap je macam ada readers. :)
semalam hari jadi mama yang ke... *tengah kira jap.
ahaa..yang ke-53..wut? 53? macam tak percaya pulak. rasa macam baru semalam je mama muda-muda. haha.
tapi kitorang takde buat apa pun. just abang dengan dikmei balik & kitorang gather.
tu pun rasanya dah buat mama hepi.sebab sikit punya excited ha mama prepare macam-macam.
patutnya kitorang la yang kena prepare kan. haha.

sebenarnya mood nak update entry ni ada je tiap-tiap hari.
tapi disebabkan kelajuan internet kat rumah ni tak berapa nak laju.
tu yang jadi macam malaaaas je nak bukak belog.nak jalanbelog.
mana yang sempat singgah tu singgah lah..kalau tak,sebulan sekali la bukak belog ni.

bukak je mata pagi tadi.tengok henpon.
ada wedding invitation lagi dari kawan. -_-
20.11.2011 jugak tarikhnye.apesal la ramai sangat kawin tarikh ni.
yer.yer.tarikh cantik.i know.i know.lagi mau tanya kan.
kira punya kira bulan November nanti ada la 3 wedding kawan.
jiran tetangga.kawan-kawan papa dengan mama tak kira lagi.
tiap minggu makan nasik minyak aje la nanti.
sumer nak tukar title dah.nak jadi puan dah kawan-kawan aku ni.

hari tu konvo kan. nah aku tempek sekeping gambar.
haruslah di copy dari blog ijan. :D

my BFF ever. :)


aku: A smile makes us look younger while friends make us feel stronger.
They make us enjoy life.
Thanks to all my friends who always be by my side.
U know who you are. :)


adios~
with ღ
n@n@

Sunday, October 09, 2011

runsing

dah seminggu berlalu majlis konvokesyen.perasaan?haruslah ada gembira dan terharu.akhirnya setelah lebih kurang 4 tahun kan.
dengan segala dugaan yang betul-betul mencabar.
takpe lah.itu semua dah berlalu pun.tak perlu nak ingat balik dah.jadikan pengalaman je.
yang penting adalah masa sekarang ni.
tapi masa sekarang ni lah yang merunsingkan.
bila kawan-kawan semua dah ada kerjaya masing-masing.
cemburu?memang ada perasaan cemburu dalam hati aku.
nak pulak aku yang masih memegang status penganggur.
nak kata aku memilih kerjaya,rasanya aku dah cukup tak kisah dah asalkan aku mempunyai pekerjaan.kalau pun aku memilih adalah atas kehendak keluarga.

setiap hari aku berperang dengan perasaan sendiri antara ikut diri sendiri atau ikut kehendak keluarga.setiap hari hati aku menangis.
nak gembirakan diri sendiri aku anggap mungkin bukan masanya lagi dan mungkin ada yang terbaik untuk diri aku.sebab tu sampai sekarang aku masih belum mempunyai sebarang pekerjaan.
tapi kadang-kadang hati aku tetap merintih kecewa.tetap mencari salah.

demi untuk menjaga hati dan perasaan orang tua.
dan aku bukanlah jenis orang yang suka melawan.aku lebih rela berdiam diri.
menangis seorang diri. bagi aku,selagi perkara itu tidak mendatangkan keburukan untuk diri aku,aku terima.aku ikut.
cuma aku harap aku diberi peluang untuk membuat keputusan sendiri,untuk belajar berdikari.bukan tidak ada peluang pekerjaan yang datang.
cuma aku tersepit antara keluarga dan cita-cita.


adios~
n@n@

Thursday, September 22, 2011

kala rendang dalam kuali

assalamualaikum. baru ada hati nak menulis.
tahun ni raya tak berapa nak meriah.mungkin sebab tahun ni tak ramai orang balik sini. semua balik tempat lain. lepas tu sempat pegi beraya raya pertama je. next day and next next day, semua orang datang rumah. disebabkan kakitangan kat rumah ni hanya papa,mama dan aku. memang penat. tambah-tambah kalau dah papa dengan mama kena melayan tetamu. tinggal la aku sorang yang bertungkus lumus buat semua kerja. ada la jugak papa dengan mama tolong sikit-sikit. adik aku? huh. dari pagi sampai ke malam tak nampak batang hidung. alasan..dah raya..pergi beraya laa.. =_=

itu yang tak berapa nak seronok nya bila tak ramai kan. ni yang mula pikir nanti nak anak ramai-ramai. hee. ah. itu semua lambat lagi. bila dah jumpa sedara mara ni mula la kan tanya perkembangan diri. setakat tanya kerja kat mana. dah kerja belum. dah habis belajar belum. itu semua tak kisah sangat. tapi bila ada yang mula tanya bila nak jemput makan kenduri..hah. part yang ni yang tak berapa nak gemar sangat. dan rasanya soalan tu akan semakin kerap ditanya dari semasa ke semasa. boleh mendatangkan stress!

cukup la cerita pasal raya.walaupun masih ada beberapa hari je lagi syawal.
tadi pergi beli barang-barang rumah. terjumpa kawan lama masa sekolah rendah dulu.
punya la payah nak ingat nama. muka kenal dah. boleh sembang dulu kan sebelum tanya nama. haha. yang paling common orang akan komen bila dah lama tak jumpa.
"awat hang makin gemuk weh"
=_=
ini pun stress jugak ni.


oh.next week is my convocation. excited.
sebab nak jumpa kawan-kawan.tu yang lebih nye.nak konvo tu tak berapa sangat. huhu.
tak sabar jugak nak jumpa yasmin ahmadkh --> nama glemer.
walaupun ada telefon-telefon.gosip-gosip.tapi tak sama kalau tak jumpa face-to-face.
hampir setahun jugak yer tak jumpa kawan semua.
semua dah berjaya masing-masing. hmmh.


eh.oklah.
my rendang cendawan tengah dalam kuali tu.
sambil menunggu kering je ni. ;)




aku: ok.tajuk memang takde kaitan dengan entry. ;D


adios~
with ღ
n@n@

Tuesday, August 23, 2011

adik ni anak bongsu eh..?

tadi pergi beli belah bahan-bahan nak buat kuih raya.
ingat malas nak ikut. tapi, disebabkan i'll be the chef yang akan conduct sesi membuat kuih raya, haruslah aku yang kena pergi. mama? mama follow belakang je. papa akan jadi chef untuk masak memasak ayam daging. ouh, part yang tu aku tak minat. hee.

ok.lepas tu tiba-tiba terasa macam nak pergi beli perhiasan diri kan.
since mama pun macam ok.setuju je nak pegi, so, singgah la sekejap.
sambil-sambil pilih.sembang-sembang dengan tukang promoter.
tiba-tiba dia tanya.

"adik ni anak bongsu eh..?"
"eh. takla. no 2."
"ooo. akak ingat bongsu. ada adik lagi la bawah? bukan bongsu la"
"ha'ah. bukan2. tapi saya sorang je la perempuan."
"haa. akak dah agak dah.. tengok pun akak tau. nampak manja dengan mak dia ha. sebab tu akak ingat anak bongsu..anak perempuan tunggal rupanya"
............. 

sengih je yang mampu.
nampak sangat ke muka ni macam anak bongsu. tak tau lah akak tu orang yang keberapa cakap macam tu. tak terkira dah.
jatuh saham adik aku. kesian. :D
habis nak buat macam mana. dah takde orang lain dah pun kat rumah ni ha.
takde ke rupa macam anak sulung ke. takpun kot ada rupa macam kakak ke. dah sah-sah aku memang kakak kan.


aku: teringin nak jalan berdua dengan adik aku.


adios~
with ღ
n@n@

Sunday, August 21, 2011

abang dan adik.

untuk pertama kali dalam bulan puasa ni tido lambat. selalu tepat pukul 12 dah lena.
ni semua sebab tertido lepas maghrib tadi. terjaga pun sebab kucing-kucing tu bising. pasal ape tah. tetiba je nak bising-bising. and now, aku dah tak boleh nak tido.
mau sampai sahur esok ni.

sejak-sejak dikmei sambung studi ni, boleh la tiba-tiba kitorang jadi close pulak.
sebelum ni mana nak mesej-mesej slalu. apetah lagi nak koling-koling.
tapi dia la. nak mintak duit pun bagitau aku. macam aku yang nak bagi dia duit. padahal tolong inform je dekat papa. nak balik pun bagitau aku. nak ambik dia balik pun aku. semua aku lah kiranya. papa dengan mama? advisor je..
well.nampaknya aku ni seorang kakak yang diharapkan lah kan. =D
tapi tu lah.dia takde ni memang sunyi lah rumah. kalau tak hari-hari aku gaduh dengan dia.
boleh tak nak rindu dia tiba-tiba. hahah.

walaupun selalu gaduh, tapi aku tahu ada masa-masa dia sangat protective.
he keeps my secret very well. ah. tetiba feeling sedih pulak. cehh.
tetibe teringat masa sembang dengan hikmee dulu.

 "awat ampa lembut semcam eh.bukan patut kalau adik beradik suma laki, kasar ka"

soalan yang tiada jawapan.hahah.takde bende lain ke nak tanye.
ala, lagipun jarak kitorang 3 beradik semua jauh-jauh.
dengan abang dah 7 tahun. dia dah ada geng sendiri time tu, aku baru nak lahir.
mana nak main dengan dia sangat. 5 tahun lepas tu, dikmei pulak. aku pulak dah ada geng sendiri. tu sebab la kot. kalau kitorang jarak dekat-dekat tak mustahil aku rasa.
bersyukurlah aku jadi perempuan lembut yang tak lembut sangat. sebab tiap hari kena tegur dengan mama sebab cakap nak kasar je. =_=


aku: jiran sebelah ni sembang kuat sungguh.


adios~
with ღ
n@n@

Sunday, August 14, 2011

random je.

disebabkan rasa macam tak patut, entry sebelum ni aku delete.
maybe sebab time tu rasa sedih sangat kot bila dengar berita kematian.
3 malam jugak la tak berani tidur sorang-sorang.
mintak mama teman. kalau tak sampai ke pagi tak tidur nanti.
ok. enough.

semenjak 2 menjak ni dah jarang nak update blog.
sebab takde idea nak tulis apa. ini pun tak tau nak tulis apa sebenarnya.
hidup aku macam biasa. duduk rumah. buat apa-apa yang patut.
takde yang menarik sangat pun.setiap hari buat benda yang sama.
oh.cuma 1.papa dah bagi drive jauh-jauh kereta dia. yeay!
kalau tak sebelum ni, setakat pekan selama tu je la.
yang paling jauh ke taiping je la. dan esok akan ke penang. :)
kalau ada kereta sendiri sahih lepas sampai ke KL.
err..ye la tu..

dan yang pasti, aku dah jelas dengan 1 perkara.
:)


aku: hati tenang & gembira. :)

adios~
with ღ
n@n@

Sunday, August 07, 2011

puasa.

hopefully it's not too late to wish
"selamat menyambut Ramadhan al-mubarak"

kali ni gembira sebab dapat puasa penuh dekat rumah. insyaAllah. :)
walaupun hanya tinggal bertiga saja dengan mama dan papa.
dan bila dah tinggal bertiga, haruslah makanan yang simple aje.
tikah suruh masak sebab dah duduk rumah.
tapi nak masak untuk 3 orang je takde feel lah. baik beli. haha. alasan kan.
tapi betul laaa..tunggu rumah ni ramai baru la feel nak masak tu semangat siket.
kan.kan.kan. :D

apa-apa pun.selamat berpuasa semua.
mudah-mudahan Ramadhan tahun ini akan lebih bermakna.
for me.yes.sangat bermakna. :)


aku: masih belum lagi terbuka hati ini. :)


adios~!
with
n@n@

Saturday, July 02, 2011

first!

hari ni penuh status di facebook wish tahniah dekat 2 orang kawan sekolah aku yang bertunang secara senyap-senyap hari ni..barut & aida..seriusly memang semua orang terkejut..tapi at the same time haruslah gembira kan..aku pun tumpang gembira.. :)

yelah.siapa sangka kan.percintaan dari zaman sekolah..tak salah aku diorang dari form 3 kot..eh..tak sure lah..then, biasalah..kejap-kejap putus..sambung balik..tapi kalau dah jodoh tak kemana kan..aku tak tau pun kisah diorang yang sebenar-benar macam mana kan..tapi, aku memang a bit excited. :D

teringat pulak la kan kapel-kapel masa zaman sekolah dulu..boleh dikatakan hampir semuanya putus ditengah jalan..termasuk jugak la aku..haha..ada jugak kot yang still stay lagi sampai sekarang.. :)
very the kenangan la semua benda ni..zaman masa dekat pdrm dulu..nak nak konon bila bf masing-masing pergi main sukan..lepas tu mula la si gf ni demam lah..ape lah..cehh..macam apa jer..aku la tu.....eh.tapi aida pun sama time ni. :D
tapi..tu semua kenangan dulu kan... :)

hopefully lepas ni dapat la aku merasa nasi minyak diorang ni kan..first couple ni dalam batch..agak-agak lepas ni ade tak couple yang akan ikut jejak langkah diorang ni..



Maybe, I'm over you. 
Maybe, I've moved on. 
Maybe, I like someone else... 
But maybe, I'm a perfectly good liar.


aku: kadang-kadang tak tahu apa yang diri sendiri nak.

adios~
with ღ
n@n@

Friday, July 01, 2011

oii nana.

hai. it's 1st of July.
hmmh.as for today i'll attend 2nd stage of my interview.
1st stage hari tu dah lepas.even rasa mcam takde harapan je kan nak dapat.
siap boleh soal jawab main-main dengan interviewer tu.
tapi.
tapi.
tapi.
tak tahu lah kenapa.hati ni selalu rasa berat nak pergi.hari tu pun sama.
masa 1st interview.
mungkinkah sebab tempatnya jauh di sana?
atau sebab tak suka nak kena pergi interview kah?
aku tak tahu lah.jiwa nak enjoy lagi kot.huhu.
yang paling susah. aku bukan seorang pembuat keputusan yang baik.

habih kalau dah keluar statement.
 
esok naik bas datang rumah abang.lepas tu abang hantar dengan kak waheeda.takpe,abang dah mintak cuti dengan bos.

senangkan.takyah pikir nak pergi ke tak.dah memang kena pegi tu. sigh.
ape nak jadi la nana.nana oi..
oii nana... =_=

waktu entry ini dipublishkan.aku tengah dalam sesi interview weh.doakan aku.


aku: berdebar-debar. neves!

adios~
with ღ
n@n@

Monday, June 27, 2011

i miss you!

fuhh..ok.rasanya entry ini adalah yang terakhir untuk bulan June.
bulan ni agak sibuk sikit menyetelkan hal-hal yang boleh dikatakan agak penting.
ohh..finally.i've finished my internship.dan secara hormatnya menjadi penganggur yang berjaya.seronok memang seronok.tapi..tetap sedih..terpaksa tinggalkan Cik Tikah sorang-sorang.huhu.sorry dear~~ :)
 
actually..banyak benda kami nak cakap dengan ampa.tapi tak tercakap weh.takut nanti banjir pulak.huhu.penat tau tahan takmau nangis.but, i know ampa mesti paham and rasa apa yang kami rasa kan.
everytime i see kapal terbang, automatically i'll remember u lah. hahah.

banyak rupanya kenangan manis yang boleh buat aku senyum sendiri kadang-kadang.
6 bulan ni banyak benda yang jadi dan aku belajar.
dengan geng lebah.lepas tu jumpa dengan mr.blur.tiba-tiba terserempak dengan en.waiter.
tak lupa jugak dengan the peliks.si kasut kuning yang agak annoying.
last but not least.dapat jugak bercakap dgn kacang. a moment that i'll never forget. heee. ok.ampa jangan gelak kt kmi naa.
duh.seriusly.i'm gonna miss all this thing. :(
kalaulah masa boleh diputarkan balik kan....

tapi kalau ada manis.mesti ada yang pahit kan..
ahh.takmau ingat lah yang pahit.dengan perangai manusia yang pelik-pelik.
boleh la masuk geng peliks.annoying~!
bosan kalau nak melayan kerenah orang yang tah ape-ape. =_=
yang penting diri sendiri hepi.orang cakap ape pun senyum jer....

ok lah.dah puas dapat lepas rindu dekat blog ni.
Cik Tikah.next time kita jumpa maybe kena bawak kamera laa.huhu.
tapi kalau dah jumpak,buat luahan perasaan bila time nak klik-klik tah. :D
takpa.kita tunggu En.Hikmee balik belanja.nanti kita gathering together-gether.
i also miss u a lot Cik Tikah.dah penuh tabung kawen, roger-roger naa.. :)


sesetengah orang mungkin tak faham nilai sesebuah hubungan persahabatan kan.


aku: terfikir untuk shut down this blog.tapi sayang pulak.or should i create another private blog. =_=


adios~
with ღ
n@n@

Saturday, June 11, 2011

marah!

hai. jun dah 11 hari.
tak nak tulis banyak.
cuma nak tulis.

semua benda yang aku buat.
semua benda yang aku tulis.
semua benda yang aku cakap.
semua semua benda yang aku cerita lah. semua semua lah.

tak perlu lah nak ungkit.
tak perlu lah nak perli-perli.
tak perlu lah nak jaga tepi kain aku.
aku tak kacau kau. kau tak perlu la nak kacau aku.

kalau tak suka dengan semua benda yang aku buat.
tak perlu ambik tahu.
aku ni hati sensitif jugak.
muka senyum. hati aku tak senyum. =_=
aku tak marah kat kau. 
aku marah kat orang lain. kesian la kat orang lain asyik kena marah dengan aku kan.

tapi aku hormat kau.
dan sebab tu jugak aku merapu merepek dekat blog ni.
sebab aku tengah marah ni.
sekian.


aku: pelik-pelik lah perangai manusia nih. harap-harap perangai aku tak pelik macam ni. sabar. yes. sabar.
 
 
adios!!
n@n@

Sunday, May 29, 2011

benci.benci.dan benci.

tak mampu nak kata apa-apa. tapi yang pasti situasi ni betul-betul buat aku rasa......
haaiihhh..
rasa macam nak menjerit.tapi tak boleh menjerit.
rasa macam nak marah.tapi tak boleh marah.
macam-macam benda berselirat dalam kepala.

tapi sebenarnya..aku pun tak tau apa benda yang buat aku rasa macam ni..
i hate this feeling!!!
T_T
bila sekali menangis.lepas tu berturut-turut rasa nak menangis.
sigh.sikit-sikit nak mengeluh.
i want to be the old me back. yang sentiasa gelak.yang tiada perasaan.yang tak perlu fikirkan orang lain.yang tak perlu fikir banyak banyak banyak banyak benda..

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!




aku: not in a good mood.

Sunday, May 22, 2011

last day.

orang selalu cakap.
setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
benda tu mesti akan berlaku punya dalam hidup semua orang kan.


  jumaat ritu last day untuk hikmee,chris dan k.ayu.
oh. diorg ni antara rakan rakan aku kat ofis & IT department.
k.ayu akan tukar tempat kerja kat KL. chris dah habis intern. & akan continue study.
hikmee pun dah habis intern.dan akan transfer kerja kat cyber.
well.harus lah sedih kan.nak nak dengan hikmee.
menitis jugak la air mata bila tengok dia pergi.dh lama tak menangis.tetiba hari ni pulak nak keluar. *nasib dia tak tau blog ni. :D


he's such a very special friend.for me n tikah.
yelah.aku ni mana la ramai kawan lelaki kan..
bila semalam dia cakap detik detik pertemuan pertama.hahah.kelakar bila ingat.
masing masing sombong.konon macam ape kan.serius semacam je.
dalam hati pun duk pikir,mamat ni poyo semacam je. :D
tapi.
don't judge a book by its cover kan. =)
 lama-lama makin rapat.tak tau la apa penyebab kita bertiga boleh rapat kan.
setiap hari ada je gosip.cerita.kemusykilan.soalan-soalan kbkk,teka-teki yang akan kita borak.dan dia jugak la yang konon jadi dr.love.hahah.dulu niat nak jadi dr.tapi tersalah amik kos.jadi dr komputer je la. :D
seriusly en.hikmee..we'll miss ur soalan-soalan KBKK..ur 'love memory'..ur pendapat yang jujur..ur teka-teki yang sangat mencabar minda..fine! sampai skarang kami kalah dengan ampa..


konon tadi tak tau nak say babai macam mana.hahah.
weird sungguh rasa.hopefully our friendship takkan putuslah.even 5 bulan je kita kenal.
yang penting gaji pertama, dekat evergreen. yeay!
.
.
.
ok. speechless.


google



aku:dah biasa bertiga.bila tinggal berdua...haih..macam mana esok.. T_T



adios~!
with ღ
n@n@

Tuesday, May 17, 2011

suam-suam.

it comes again.
the memory.
although it has been one year.
sometimes i do miss u.
  
=)
thank you.
for making me realize.
i am such a beautiful.gorgeous.charm.
girl.
deserved.
someone better.


aku: hari ni cuaca suam suam kuku. mood pun jadi suam. :)


adios~
with ღ
n@n@

Sunday, May 15, 2011

mandi bunga.


credit to sugarcanelining

after a while. i can smile back. :)


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


bulan ni rajin pulak update blog kan. baru perasan dah ada 4 entry.
hey.jumaat lepas kol mama.rindu! dah lama tak borak borak. even baru berapa minggu lepas balik rumah kan. update cerita terbaru dekat mama. bla.bla.bla. sembang punya sembang. at the end of d conversation. aku tanya la sedara-sedara takde kenduri ke. mama cakap macam takde dah. entah. tunggu yana la kot. hahah. well yana. nampak gaya memang semua orang tunggu turn ko la lepas ni.

ok.continue.

mama: jangan-jangan nanti yana kawin dulu dari adik.

aku: *gelak2. laa. xpe la. biar la dia kawin dulu.

mama: adik jangan takpe2. haa.

aku: *gelak2 lagi. laa. betul la. awal lagi la ma.

mama: adik, mandi bunga nak. ala, kita jangan la niat bukan2. mandi bunga ni bagus. mama tengok dalam semanis kurma tu. ustazah tu pun cakap bagus. bla.bla.bla.........

aku: hah.mandi bunga? untuk apa? cepat dapat jodoh?

mama: ha la. nak? nanti adik balik kita buat nak.?

aku: ..................................................................


nah amik. mama punya risau anak dia yang sorang ni takde boifren lagi sampai nak suruh mandi bunga. nak bangkang. tapi bila mama masuk ceramah bab bab ni & segala doa bagai. tak leh nak kata apa la. dari duk syok syok gelak. sampai terdiam la aku. ikut suka mama laaa...


agaknya kan. kalau ada je orang masuk meminang.sah! konfem! mama gembira punya.cehh.aku ilmu rumah tangga ni pun tak khatam lagi.aish. sesak nafas kalau pikir benda ni. entry aku pun asyik pasal ni je bulan ni. tapi. sape suruh pikir kan. dah orang sekeliling yang buat aku kena pikir. =_=



aku: dah lama pulak tak borak dengan abang. sibuk memanjang. huh.




adios~
with ღ
n@n@

Wednesday, May 11, 2011

tanggungjawab.

cik tikah. u baca blog i. now i baru lepas ur words. :) excited kan! hahah.

a bit excited jugak la kan bila cakap pasal jodoh dan kawin ni..kadang-kadang bila sembang pasal kawin kawin ni dengan tikah, rasa kelakar pulak. yelah. dia memang la teruja kan. dah ada yang punya. harus lah tu kan.
dan bila semalam suarakan hasrat hati dekat tikah tiba-tiba aku terasa nak kawin. boleh dia kagum pulak. ya.ya.memang selama ni aku macam tak berapa nak excited kan. bo layan je kalau cakap pasal kawin. selalu layan dia je lah kan. nak beli hantaran la. nak tema apa la. nak tempah kad kawin la. nak saving berapa la sebulan. hahah. takde angin.takde ribut.tetiba aku cakap terasa nak kawin.

wei. tu sebab tertengok orang duk buat preparation nak kawin laaah. :D
pastu mula dah dia suruh cepat cepat kawin.ingat macam main kawin kawin zaman tadika dulu kot. eh.tapi aku rasa tak pernah main kawin kawin dulu. main masak masak ada. tapi still tak pandai masak jugak sekarang.....
conclusion.
sape taknak kawin weh.aku juga ada hati dan perasaan. cehh..ayat..
dulu je keras hati jap.sekarang macam dah ok sikit. :D






aku: bila dah kahwin.besar tanggungjawab.kan.dah redi ke? :)





adios~~

with ღ
n@n@

Tuesday, May 10, 2011

they're the best.

akibat tidur lepas maghrib. sekarang ni dah tak mengantuk pulak nak sambung tidur.hai mata.cepat la mengantuk.esok kerja lagi.bukan cuti.
eh.eh.last friday dapat berita kawan aku yang baru kahwin bulan 3 hari tu dah pregnant.mula mula dengar takde la excited sangat. tadi share share cerita dengan cik tikah.tetiba jadi excited pulak.sebab dia yang excited dulu. :D
 
walaupun kandungan dia baru aje 7 minggu.hm.hm.seronoknya tengok orang dah pregnant.nak dapat baby.hahah.ei.ei.kadang-kadang mesti la ada feeling macam ni kan.feeling nak kahwin tu dah lama dah rasa.jodoh je tak sampai lagi.sekarang ni dah masuk feeling nak jadi mak mak pulak.wah.mama dengar ni,harus dia terkejut.

ohh.cakap pasal mama teringat hari ibu.sekarang kan tengah celebrate hari ibu.dan semua tertanya tanya bila sebenarnya hari ibu.yang pasti.hari ahad lepas sesudah subuh terus mesej mama dan wish. :)
jadi anak tunggal perempuan ni memang sentiasa diawasi.walaupun kita kata takde apa.konon taknak susahkan hati mama dengan papa.tapi aku tau.apa saja aku buat mama tetap akan risau.walaupun dia tak tunjuk.dari aku kecil,sampai dah umur 23 ni.dari sekecil kecil benda sampai la sebesar besarnya.sampai pergi kerja balik kerja pun mama tanya. tapi itu lah mama. :)

antara kami 3 beradik.yang paling rapat dengan mama dikmei dengan abang kot.diorang rajin bercerita.aku pulak suka pendam dalam hati.tapi...tetap kalah beb bila mama mula caring.well.dah nama pun anak kan.mesti dia tau anak dia ada masalah ke tak.even duduk jauh nun di pahang tu pun mama boleh feeling anak dia yang sorang ni tengah bergelut dengan masalah.tengah tengah malam call cakap teringat. :) dan aku macam biasa konon cuba nak setel sorang diri.tapi...tetap tak boleh..because mom is always our bestfriend.

tapi.papa pun best jugak.papa is always my boyfriend! :)
eh. dah pukul 1.kena tidur. nite2. :)
conclusion.siapa tak sayang family kan.?


aku: dulu dulu selalu kena buli dengan abang dengan dikmei.cehhh.sekarang pun sama je.



adios!!
with ღ
n@n@

Monday, May 02, 2011

surrender.

hari ni cuti. feel terasa macam hari ahad pulak.
almaklumlah.bila dah kerja hari cuti itu sungguh bermakna.rindu zaman cuti semester. hmmph.
ooh. tadi balik ke penang agak awal. selalu balik kampung mesti drive sendiri kan, tapi disebabkan balik kali ni malas nak drive, terpaksa la mama dengan papa yang hantarkan. huhu. lepas ni konfem balik akan drive balik. sebab terasa menyusahkan pulak nak kena hantar2. macam nak hantar balik asrama pulak. hahah.

sampai je kat rumah, takde sape pun..cess..habih.mati kutu dah.
online fb.bosan.tengok tv.tertido.bagus kan.
bangun tido petang.online fb lagi.hah.bosan habih dah nih.
nasib baik la tetiba ada orang ajak pi mendaki bukit jambul.pucuk dicita,ulam mendatang.tau2 ja aku tengah kebosanan.baru ingat nak merayau pusing qb kan. :D
so.lepas asar pun gerak laa.

excited nak mendaki.tak hingat dah lama tak buat aktiviti macam ni.
tinggi kot bukit tu. *salahkan bukit.
tak sampai 1/2 perjalanan. gua surrender! semput.pening.semua ada.tak mampu ah. patah balik. takpe, next time naik lagi.pi sampai separuh. next next time pulak 3/4. next next next time baru boleh sampai puncak kot. amik kau. 4 kali naik baru nak sampai. jenuh.
akibat dah lama tak bersenam. =_=

turun bukit awal lagi. pi la pulak taman. taman ape tah nama. lupa dah.
nice taman nih. pusing dusun. tapi dusun tak jadi lagi. baru tanam je pokok pokok dia. nanti tunggu la 2,3 bulan kot. eh tah bila pokok tu nak besar. agak agak kalau pokok tu dah berbuah, sambil joging sambil makan buah, aci tak eh. aci je kot kan. :D


aku: penat. badan terkejut kot.


adios~~
with ღ
n@n@

Wednesday, April 27, 2011

flow-chart

suddenly i miss this blog.
hahah.ya. sometimes i feel so.so.so malas untuk tulis dalam ini belog.
sometimes terasa ada baaaaanyak benda nak tulis.
tapi.tak tertulis.rasa patut tulis dalam diari kot. :D

everything happens for a reasons kan.
maybe i should not be too afraid. and don't let the past keep 'ghost-ing' me.
kan...
=)
=)
=)
 
 
just follow the flow-chart.
aku: pagi petang siang malam. asyik dengar fly fm. pengaruh sape tah nih.


adios!
with ღ
n@n@