Tuesday, August 31, 2010

merdeka!

it's independence day.
dengan itu, berakhirlah sudah bulan Ogos tahun 2010.
esok dah masuk 1 september 2010.
 belum terlewat lagi kot kan untuk mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53.

sini ada je buat sambutan. tapi mood nak beraya tu lebih, so tak terasa sangat pun sambutan tu. bendera pun dah takde bergantung. sunyi lagi ada sebab student dah ramai balik. oh. semalam besday my adik. takde prepare hadiah pun. takpe nanti abang dia konfem bagi hadiah. kalau bukan besday pun selalu sangat dia dapat hadiah.


aku: diri ini pun dah merdeka dari penjajahan. merdeka~!


adios!!
with ღ
n@n@

Sunday, August 29, 2010

cream puff.

menguap. :o
dah mengantuk. yelah. dah memang tiba waktu untuk tido pun. semalam tido tido ayam jer. sebab pagi tadi ada test database. so, kalau dah pukul 2 pagi baru start study, boleh pulak nak tido nyenyak kan. sambil studi sambil pejam mata. sedar sahur pukul 5. lepas sahur sambung study. pejam mata balik. bangun tido dah pukul 7. terus solat subuh. tido balik. haha. teruk. tapi alhamdulillah, boleh jawab. cuma....bab kena lukis tu tak berapa ok...

ok. dah cerita pasal test. mood dah nak balik rumah dah ni. Jumaat depan balik. hooyeah. dalam kepala dah merangka rangka nak buat menu apa balik ni. kuih raya kalau rajin buat lah. sebab tahun ni mood nak buat kek jer. dah bertahun asyik buat kek coklat. fevret lah katekan. tapi, tahun ni nak buat cheese cake pulak. first time buat dulu tak menjadi. tak puas hati. kali ni kena tuka resipi pulak. tengok lah nanti nak tambah tolak bahan yang mana. oh. tak sabarnya. :D

dan memandangkan bulan puasa kali ni aku asyik beli cream puff jer. teringin jugak nak buat cream puff raya nanti. resipi dah jumpa. senang tak senang. tapi kalau dah suka, jalan jer. ini semua hilda punya kerja. aku dah ketagih makan cream puff tiap tiap waktu buka. haha. sampai sanggup cari resipi nih. tengah fikir jugak nak buat kuih raya apa tahun ni. selalu yang wajib konfem biskut mazola, cornflakes coklat dengan tat nenas. tapi macam nak buat perubahan pulak. nak buat biskut warna warni. haha.

menu lauk pauk? oh. itu serahkan dekat papa jer. papa lagi pakar bab lauk pauk. aku minat  yang cantik cantik jer. pastri, cookies, kek. yang boleh hias hias. lauk tak berapa minat. haha. nak buat macam mana. dah papa masak sedap. ilmu tu tak sampai lagi kat aku. bila nak sampai? wallahuallam. dah jadi isteri orang nanti pandai la kot aku ni. 
*tak boleh ke suami aku nanti makan kek hari hari? hahaha. :D
 
wee~~. tak sabar tak sabar.

cream puff oh cream puff. i in love dengan cream puff sekarang.

sumber:teratakibu.blogspot.com



aku: tak nak belajar buat tart nenas dah.



adios!!
with ღ
n@n@

Saturday, August 28, 2010

kawan lelaki.

"Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran"
 
oh. tu lagu yang tengah berkumandang dekat era.fm.
sambil mata mengadap nota nota database, telinga mendengar lagu lagu dekat era. nak merehatkan mata sekejap. tulis la entry.
dalam pukul 9 tadi, tiba tiba muncul window ym aswad.
aku tak rapat sangat dengan dia. tapi adalah pertalian kawan tu. mungkin sebab kami pernah rapat sekejap masa sekolah. habis sekolah. on off on off. jumpa pun kalau dia datang rumah time raya. tapi raya tahun ni tak tahu la dapat jumpa lagi ke tak. :)
terkejut. sekian lama tak bersembang dengan dia.
yalah. orang sibuk lah katakan. berbakti untuk negara. :D
tapi kalau dia cari aku takde benda lain dia tanya. pasti soalan yang satu tu jugak.
bla.bla.bla. pot pet pot pet bagi penjelasan.

reaksi dia?
"ampa nak kena pukoi dengan aku ka?"
 
huih. garang aih kawan aku sorang nih. haha.
dia tengah bercuti. ingat cuti raya. tapi cuti weekend saja. dari dulu lagi cuti dia memang tak menentu. so, tak yah la sebut pasai cuti panjang dengan dia. satgi ada jugak yang kena pukoi lagi. hak hak.
sembang sembang lagi. pasal kawan aku praktikal. then aku cakap sem ni last aku belajar. sem depan dah mula praktikal. kemudian dia cakap.
 
"oh. yang delay hari tu eh."
 
terkejut jugak aku dia ingat lagi. even dah lama jugak takde kontek. yelah. selalu bila aku cakap aku extend satu semester belajar dekat kawan kawan, rata rata tanya balik sebab apa. jenuh nak kena cerita balik satu satu dari A sampai Z. bila aku cakap aku terkejut dia ingat lagi aku kena extend, dia cakap, apa nak lupa. member member punya hal. aku senyum sorang sorang. tapi memang dari dulu pun dia macam ni kalau bab kawan kawan ni dia memang terbaik. bukan dia sorang ja. boleh dikatakan kawan kawan lelaki aku kat sekolah dulu sangat supportive bila masuk cerita pasal kawan.

bukan nak kata apa. kadang kadang persahabatan lelaki ni lagi jujur dari persahabatan perempuan. mungkin sebab lelaki ni kurang emosi berbanding perempuan. takde nak terasa terasa. takde nak fikir bukan bukan. takde nak kutuk kutuk belakang. kalau bergaduh, bertumbuk, esok tu baik. tak macam perempuan, bergaduh berhari hari. masam muka. macam macam peel lagi lah. kadang susah jugak nak faham kaum sendiri. haha. hubungan persahabatan diorang jugak lebih tahan lama dari kita yang perempuan. masing masing belajar jauh. tapi balik cuti je konfem cari member member. 

mungkin sebab perempuan. tak boleh nak jalan jauh. kena tahan duduk rumah. masuk sekolah asrama. kawan kawan satu semenanjung. susah la nak jumpa. sorang duduk ceruk sana. sorang duduk ceruk sini. gathering? ada ja gathering. tapi sekali lagi kena tahan dekat rumah. nak message tiap tiap hari pun bukan ada benda nak cerita. mujur ada facebook ja. boleh la nak komen sana sini merapatkan lagi hubungan yang terputus. haha. 
*ini merujuk diri sendiri sebenarnya. :D :D
 
dan aku tak ramai kawan rapat lelaki. yang boleh aku berkongsi cerita. ada pun kawan sekolah je. itu pun sebab memang dah rapat dari sekolah. walaupun takde lah kenal sangat sepenuh hati kan. tapi at least aku boleh percaya diorang dari lelaki lelaki yang lain.
 
 
 aku: esok test yang ke-2. tapi jiwa dah melayang ke rumah. huu~~
 
 
adios!!
with ღ
n@n@ 

Friday, August 27, 2010

terima kasih teman.

salam. selamat malam.
tadi petang ijan datang UMP. ada program bersama dengan In-Smartive katanya.
malam ni bergerak ke Cameron. Ijan datang sama dengan Akila dan Emy.
sempat berjumpa masa nak pergi bazar dan lepas Isya'. 
nak buat macam mana, kelas habis pukul 6.30 petang tadi.

lepas Isya' terus pergi jumpa Ijan. sebelum balik ke hostel.
sembang punya sembang tak terasa dah setengah jam sembang.
T_T
tiba tiba terasa rindu pulak. dah lama tak borak macam tu.
sudah hampir 4 tahun berkawan. macam macam benda dah lalui sama sama.
dan dia jugak lah salah seorang yang banyak bagi semangat dekat aku.
 
Ijan. aku tau dulu kau pernah tolong aku kan.
even kau tak pernah cerita dengan aku. aku tau.
sampai sekarang aku nak bagitau kau. tapi tak pernah ada kesempatan.
tak tahu macam mana nak bercerita. aku tak tahu kau tahu apa yang jadi pada aku dulu. rasanya dulu aku bukan pelakon yang baik kan.. :)
walaupun aku berusaha untuk berlakon dengan baik. bukan niat aku tak nak bagi tahu apa yang jadi. cuma aku malu. malu nak meluahkan perasaan. walaupun waktu itu aku sangat sangat memerlukan sokongan. aku memilih untuk menyimpan dalam hati.
dah setahun berlalu. sampai sekarang aku tak mampu nak bercerita dengan kau.
terima kasih atas pertolongan kau dulu. dan juga atas nasihat nasihat dan teguran yang kau berikan dulu. sayang jangan cakap la. sentiasa sayang dengan kau. :)


semoga persahabatan ini sentiasa kekal buat selama-lamanya.
 
 
Sahabat yang baik umpama memori yang indah. Memori yang indah sentiasa menceriakan, menenangkan dan memberikan semangat. ~Osman Affan~


aku: rindu jugak dengan geng propa. dah tambah ahli baru. ape nama kau mint? lupa dah haa. :D


adios!!
with ღ
n@n@

Tuesday, August 24, 2010

sibuk.sibuk.

salam tengah hari.
wah. lama tak menjenguk.
walaupun takde la lama sangat kan.
maap. minggu ni bizi dengan test. semua warga ump sekarang tengah berperang dengan mid-term test. minggu ni jugak aku bizi dengan presentation. dengan assignmnt.
maklum saja. next week dah nak balik raya.
tak sabarnya.. :D
 
semalam baru lepas 1 test. discrete math. berdebar pergi test. macam jawab final.
kalau dah buat ramai ramai dekat kompleks sukan sekali dengan kos lain tak macam final ke rasa? dulu final pun macam tuh. sekali harung semua ambik test.
lepas jawab. alhamdulillah. semua dapat jawab. yang penting semua soalan jawab. :)
next test sabtu ni dan khamis depan. orang nak balik 3hb tu. nak jugak buat test 2hb. haih. sabor je la.

oh. my ex-rumate cakap. macam best je bizi dengan test semua.
haha. sarah. rindu nak sibuk sibuk pegi test. buat assignment ke. ;)
sibuk sibuk tengah malam tak tido. melayan barn buddy bila bangun tido.
haha. serius. aku pun rindu jugak. bila kau nak melawat aku kat daerah gambang ni. last semester di sini. next sem aku dah berangkat pulang ke kampung tercinta pulak. :D

eh. dah pukul 1.16. pukul 2 kelas discrete math. discrete lagi? haha. yer. sem ini teruja dengan discrete. sebab aku rasa dulu aku belajar takde banyak benda sampai macam ni.



aku: abang dah tanya tema raya kali ni nak warna apa. oho. ikut hati aku sah sah biru. :D


adios!!
with ღ
n@n@


Tuesday, August 17, 2010

jodoh.

assalamualaikum. selamat malam.
=)
selalu kita cakap "dah takde jodoh. nak buat mcm mna".
kan. kan. tapi, when it comes to my mom. dia akan cakap. 
"jangan la asyik nak cakap takde jodoh. takde jodoh. tak elok selalu cakap macam tu. tu dah mengeluh. tak baik cakap macam tu selalu."
aku tersenyum kejap. dah free kena bebel dengan mama. haha.
its not macam tu la ma. dah terbiasa. tapi, dalam hati setuju jugak dengan apa yang mama cakap. rasanya dari dulu sampai sekarang apa yang mama cakap semua betul kot. kalau argue pun, result still mama yang menang.

sometimes cakap soal jodoh dengan mama ni rasa semacam pulak.
feeling tu still rasa mcam budak-budak yang petang petang main masak masak. main batu seremban. tepat pukul 5, kawan ajak main. pukul 7 kena balik rumah.
rasa macam tak matang lagi lah nak cakap benda benda macam ni. even umur dah 22, dan dah layak kawin juga layak dapat anak dah pun.
ah. rasanya aku dah banyak kali ulang benda yang sama kalau sembang dengan kawan kawan. walaupun kadang kadang gatai jugak rasa nak kawin ke apa kan. haha. setakat cakap di mulut boleh lah. tapi kalau betul betul, tak tergambar kot perasaan tu macam mana.

berbalik soal "dah takde jodoh". betul la kan. kalau kita duduk tunggu tak buat apa apa. mana jodoh nak datang kan. kena la berusaha. tapi, mesti lah dengan cara yang betul kan. yang berpandukan agama. cuma, for this time being, i'm not seriously thinking about jodoh lagi. ada jodoh, ada la. eh. eh. ni mengeluh jugak ke?? hehe.


aku: semakin hari semakin terasa mimpi akan menjadi kenyataan. haih.



adios!!
with ღ
n@n@

Sunday, August 15, 2010

hari graduasi.


assalamualaikum. selamat petang. =)

musim hari graduasi.
sana sini dalam facebook semua pakat letak gamba konvo masing masing.
mostly rakan rakan yang sebaya dengan aku.
yang satu sekolah dulu. semua dah berjaya dapat degree atau diploma masing masing.
ada yang dah sambung master pulak. sekejap nya masa berlalu.
dah 5 tahun tinggal alam sekolah. terasa macam baru semalam je aku duduk dalam kelas. bergaduh. ketawa. makan dekat ds. jalan pergi masjid. =)

memandangkan aku belajar 3 tahun 1/2. tahun depan lah baru aku dan rakan rakan akan konvo. lewat setahun dari orang lain. insyaAllah kalau panjang umur.
seronok tengok orang konvo. dah dapat ijazah. penat lelah belajar 3 tahun dah selesai. mesti tak tergambar rasa gembira tuh. mak ayah semua senyum gembira. susah senang mak ayah cari rezeki untuk kita belajar akhirnya akan dibalas. walaupun tak terbalas rasanya.

aku dah cakap dekat family. aku grad semua orang kena datang. haha. tak kira. abang dgn k.eda kena ambik cuti jugak. papa mungkin time tu dah bersara. so, takde masalah. mama always available. dikme? apa salahnya ponteng kelas untuk kakak tersayang. haha. auntie tersayang, maktih & makuda pun wajib dtg. habih aku angkut semua. :D
oh. yana. nak datang tak?? hee..
apa apa pun, itu semua perancangan kan. apa yang jadi tak tau.

untuk smua rakan rakan yang dah grad, ex-Sek.Keb. Selama, ex-Gerik & ex-PDRM. 
tahniah. =)
nak sebut nama sorang sorang ramai sangat. =)
tak lupa untuk rakan rakan ump yang nak grad bulan 10 nnti.
mostly utk ida & fa yg tengah sibuk cari baju. :D
tak lama dah korang tu. sebulan je lagi. haha.
congratulation sis!


aku: teringat masa konvo dekat sekolah dulu.


adios!!
with ღ
n@n@



Saturday, August 14, 2010

yang teristimewa.

7.30 petang tadi.
makan murtabak sebagai juadah berbuka puasa.
cukup lah. tak rasa lapar sangat. even hanya makan biskut 2 peket kecik dan susu 1 kotak sebagai sahur. jadilah nak alas perut.

tiba tiba telefon bunyi.
abang yang telefon. oh. yela. dia balik rumah.
bukak puasa dekat rumah. 
jeles!
semua berkumpul. aku sorang je takde. huh. T_T

abang: hello. buka apa hari ni.
aku: makan murtabak je. nape.
abang: takde apa. ni. cakap dengan mama. hehe.

mama: ha. hello. tgh makan ke.
aku: ha'ah. makan murtabak.
mama: laa.. nasi tak makan. sahur pagi tadi makan apa.
aku: tak rasa nk makan nasi pun. ala. makan murtabak sekeping. bnyak la ni. makan biskut dengan susu je.
mama: tak lapar ke. kang sakit perut lagi.
aku: tak lah. ok jer. kat rumah buka puasa apa.
mama: bihun sup sayur.
*feveret kami adik beradik. tmbah tmbah abang. mmg feveret dia. huh. jeles lagi!
aku: nape abang telefon. saje la tuh.
mama: *gelak gelak. saje je. dia tanya adik buka makan apa. haa. takpe lah. mama nak smbung makan nih.
aku: ha. ok2.

betapa concernnya abang telefon tnya buka makan apa. ahh. rindunya nak balik rumah. dh lama tak berkumpul ramai ramai macam tu. 
*walaupun adik beradik tak ramai. huhu
jeles lagi. haih. takpe. lagi 3 mnggu jer.


makan besar. abang belanja.
nnti tunggu turn aku pulak belanja. oh. itu mama dan papa.


my lil bro.


oh. gmbar kakak ipar sedikit kabur. sekejap.


haa. ini terang. hee.


klu tengok gambar 1st. byk kan mkanan. tapi tak habis pun. bungkus bawak balik jugak. haha. eh. ok la. literature review 1000 patah perkataan menanti.


aku: mid term dah nak bermula minggu depan. doakan aku berjaya yer. :)


adios!!
with ღ
n@n@

Thursday, August 12, 2010

ramadhan

assalamualaikum. selamat pagi. =)
alhamdulillah. hari ni dah masuk hari ke - 2 Ramadhan.
hari pertama puasa tak de lah letih sangat. mungkin sebab semalam kelas tak penuh. pukul 12 dah balik hostel rehat sampai petang.
tapi, bas nak ulang alik dari kk4 masuk dalam pun dah ada. mungkin sebab puasa kot. tahu penat nak ulang alik tengah panas.
syukur lah..

rasa belum terlewat lagi kot nak ucapkan selamat menunaikan ibadah berpuasa. mudah mudahan segala amalan kita diterima. harapnya Ramadhan kali ni lebih membawa rahmat dan kebahagiaan dalam hidup aku dan keluarga serta rakan rakan juga. mudah mudahan jugak segala yang tersimpul, yang berselirat akan terlerai.




 
aku: perasaan tu makin menjadi bila tibanya bulan Ramadhan.


adios!!
with ღ
n@n@

Tuesday, August 10, 2010

ambik gambar dan bergambar

a conversation between me and my abang.

me: bang. ipoh bila ada pc fair haa? nk tngk kamera laaa..

abang: adik nak kamera apa? SLR ke compact?

terbeliak biji mata bila dia tnya nak slr..

me: uih. slr tu mahal laa. nk cari compact jer. 

abang: ooo..berapa bajet?

bla..bla..bla..bla..
dan perbualan kami berlanjutan sampai la berapa lama tah.
angan angan raya ni boleh dapat kamera..huhu. kot kot abang baik hati nak belanja kan..

mula mula tak kisah la kan nape abang tanya nak slr ke apa kan. kot la main main ke apa kan. sekali tengok facebook. dia dah ada rupanya slr. Nikon D300S. dah pergi kelas photographer lagi.. aii..nak tuka profesion ke abang aku nih..nk jadi wedding photographer kot..tengok gamba bnyak amik gamba pengantin. bang, adik xmampu lagi nak beli slr tu. tunggu la dah keje 5, 6 tahun. huhu. abis sangat pinjam abang punya pun ok la kan. haha.
*takde maknenye kot dia nak kasi.*
hmm. senang la nnti nak konvo. nak kawin. tak yah upah orang lain jadi photographer. :D


aku: tak pandai tangkap gamba. tapi suka bergambar. ada sapa sapa nak model?? :D




adios~~
with ღ
n@n@

Wednesday, August 04, 2010

database @_@ SDP

assalamualaikum. selamat malam.
hari ni dah 4 ogos dah. dah hari rabu nk masuk khamis.
tetiba je rasa 'eh. sekejapnya dah nk khamis'.
mungkin sebab minggu ni bizi dengan byk assignmnt nak kna hntar.
waktu tu rasa sekejap jer. whew~~

cakap pasal hari khamis. esok due date submit proposal database.
ok. aku faham la sikit sikit kan sebelum belajar dulu.
bila dah belajar ni lagi bertambah faham la kan. tahu dah la ER Diagram tu mcm mana kan. haha. teruk betul. baru nak faham ER tu mcam mana. biasalah kalau dh belajar database konfem kena buat projek kan. nak kena design ER Diagram bagai semua tu la kan.

so, tadi buat discussion lagi. yang ke berapa tah. kena rekod tau buat discussion. ke memang ada sebelum ni? aku pun tak ingat dah. so far ok la member group aku. semua satu kepala. boleh masuk. 1 malaysia bak kata dr. haha. oh. group aku ada 5 orang. aku, syahkina, parimala, desmond dgn irzad. konfem korang tak pernah dengar punya nama ni. :D yang penting tadi semua orang bertungkus lumus nak menyiapkan proposal masing2. trmasuk la group aku. hah. kami bnyak gelak je dari buat. sebab semua orang konfius dengan information dri dr. grup ni ckap lain. grup lain ckap lain.
last-last kami buat ikut kami faham & agak2 dr. faham. harap-harap lah.

software planning? ah. aku rsa belajar msa tahun 2 dulu lagi faham, lagi teratur, lagi happening la dari sekarang. kelas sekarang mcam tak teratur. even dulu asyik kena hentam je kan. tpi sekurang-kurangnya ada jugak guide. sekarang ni pun aku asyik follow macam dulu jer nk buat sdp. dengan methodology semua. semua fikir sendiri. takde guide. lecture benda len. lab bnda len. nnti kami yang tunggang terbalik. boleh pulak kan tengah kelas mesej tiah tnya pert chart buat dri apa. dah lupa. huhu. bukan nak kata tak elok usaha sendiri kan. even dulu yang ada guide pun terkial kial nak faham sdp. ini yang takde guide. jenuh semua tak tau nak buat sdp. aku memang refer dokumen yang lama terus dah. aci la kan mcm tuh. nasib jugak penah buat benda ni dulu, sekurang-kurangya ada jugak la guide untuk group aku buat benda alah ni.
 
ada ke buat software planning tak guna methodology. bukan methodology tu penting ke? ingat lagi time kena present methodology dulu. kena hentam jugak kan kalau tak faham methodology. =_=
 minggu depan formal review. macam tak sehangat dulu je rasa. takpe. tunggu minggu depan hangat ke tak hangat.


aku: minggu ni kepala dah tepu dengan algorithm-algorithm discrete. macam keretapi. bukan..macam jet pejuang..



adios!!
with ღ
n@n@