Tuesday, November 30, 2010

quite interesting. :)

i read this challenge from my sedara, yana. dia dapat dari mana tah. huhu. & tengok macam menarik je kan. dia dah lama dah mula. since benda ni untuk sebulan. aku plan nak bermula esok. and finish it for this whole month. berjaya kah? tengok la nanti. :D

Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

Day 02- The meaning behind your Blog name

Day 03- A picture of you and your friends

Day 04- A habit that you wish you didn’t have

Day 05- A picture of somewhere you’ve been to

Day 06- Favorite super hero and why

Day 07- A picture of someone/something that has the biggest impact on you

Day 08- Short term goals for this month and why

Day 09- Something you’re proud of in the past few days

Day 10- Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad

Day 11- Another picture of you and your friends

Day 12- How you found out about Blogger and why you made one

Day 13- A letter to someone who has hurt you recently

Day 14- A picture of you and your family

Day 15- Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play

Day 16- Another picture of yourself

Day 17- Someone you would want to switch lives with for one day and why

Day 18- Plans/dreams/goals you have

Day 19- Nicknames you have; why do you have them

Day 20- Someone you see yourself marrying/being with in the future

Day 21- A picture of something that makes you happy

Day 22- What makes you different from everyone else

Day 23- Something you crave for a lot

Day 24- A letter to your parents

Day 25- What I would find in your bag

Day 26- What you think about your friends

Day 27- Why are you doing this 30 day challenge

Day 28- A picture of you last year and now, how have you changed since then?

Day 29- In this past month, what have you learned

Day 30- Your favorite song.



aku: its d end of 2010.
adios~~
with ღ
n@n@

Monday, November 29, 2010

its my turn.

26 hb lepas. cukup la tempoh 6 bulan kawan-kawan aku habis intern. atau latihan industri. ringkasnya praktikal. aku cakap intern, ada yg tak paham jugak.
status kat fb. blog. semua dh lega. masing-masing dah habis belajar. ada yang dah dapat kerja. ada yang sambung kerja dekat company tu terus. ada yang belum dapat kerja, nak rehat dulu. kerja tak kerja. rezeki masing-masing. yang penting usaha.

bukan tak cemburu tengok kawan-kawan lain semua dah habis. sekali lagi aku cemburu bila tengok keadaan kawan-kawan. aku yang agak terlewat sedikit dari diorang. lain perasaannya bila kita tak sama-sama dengan kawan-kawan. bila kita sorang-sorang. bila orang pandang sinis dengan kita. bila orang tak tahu apa yang kita lalui, tapi dengan mudah membuat andaian bukan-bukan pasal kita. sedikit sebanyak dah melukakan hati dan mengguriskan perasaan. ah. tapi itu semua dah berlaku kan. kenapa la aku nak pertikaikan lagi. better late than never. walaupun terlambat, sekurang-kurangnya aku berjaya jugak menghabiskan pengajian aku. hanya tinggal satu semester lagi.

so, next semester turn aku pulak untuk jalani latihan industri. perasaan. jangan cakap. takut. berdebar. gembira. semua ada. tunggu la nanti macam mana environment dia. 
i've talking to my friend. aku angan-angan nak jadi software tester nanti. sejak belajar software testing dulu kan. haha. ijan mesti ingat kan. :D
lepas tu 3P pulak belajar pasal tester jugak. lagi membuak-buak la perasaan aku nak jadi software tester. bila aku cakap macam tu dekat dia, she said, jangan jadikan angan-angan. jadikan target. terkejut sekejap. bukan apa. betul la dia cakap tu. mesti la kena ada target kan. setakat angan-angan tak ke mana.


aku: nak tengok gogumaaa....go..gu..ma


adios~~
with ღ
n@n@

Saturday, November 27, 2010

pening-pening.

orait. entry pasal nak siang ikan.
cehh. macam gempak je kan. tak dak apa pun.
tapi bagi aku satu benda yang paling seksa bila nak siang ikan. bukan tak suka sebab bau dia hanyir ka. geli ka. apa ka. benda tu semua takde hal lah. cuma yang paling aku takleh tahan, setiap kali siang ikan konfem loya, pening-pening.

bila start sekor, ok lagi. maintain. mai yang no 2, dan seterusnya. mula dah.
sejak dari dulu lagi. aku pun tak tau la kenapa jadi macam ni. tak kan sebab tak boleh tengok darah kot. eh. aku memang tak leh tengok darah. nanti pengsan.
hari tu tangan terluka sebab kena tin susu kan. pegi picit luka tu bagi darah keluar banyak-banyak. lepas tu tengok darah mengalir terus pening. sikit lagi la nak jatuh pitam. nasib mama sempat tahan before aku jatuh.

kalau nak masak untuk makan-makan kat rumah tak pe lah jugak. setakat 4, 5 ekor kan. tahan je la. hari tu time raya nak masak laksa. laksa dah memang guna ikan kan nak buat kuah dia. hari tu la paling seksa. nak siang sekilo ikan tu. banyak kali jugak aku stop minum air. tak tahan loya punya pasal.


aku: no wonder la aku tak minat jadi doktor..


adios!!
with ღ
n@n@

Wednesday, November 24, 2010

surirumah sepenuh masa.

heh. tetiba keluar tajuk ni pulak kan. mentang-mentang lah bercuti duduk rumah je kan. ni lah yang sesuai dengan aku sekarang. walaupun bukan suri rumah sepenuh masa, boleh la nak kate part time. :D

memandangkan semalam aku tinggal sorang-sorang kat rumah. my parents balik kampung sekejap. adik aku pulak tengah berjuang dengan paper SPM dia. so, memang tinggal aku je lah yang kena buat kerja-kerja rumah. mama dengan papa pukul 10 pagi dah balik kampung. elok je mama dengan papa pergi, aku start basuh baju dulu. masuk mesin je kan. sementara tunggu mesin tu basuh baju-baju tu, aku mula siang ikan. time tu boleh la nak kata dah pukul 10.30. owh, aku ada cerita nak cerita pasal siang ikan ni. nanti aku buat entry lain.

menu semalam, menu orang bujang. ikan goreng dengan sup sayur pucuk. sup sayur tu fevret aku. itu je yang simple nak masak, nak kejar time adik aku balik sekolah. pukul 2 dia ada paper lagi. dalam pukul 11 dia habis paper yang pertama. harus lah siap masak awal kan. eh, korang tau ke sayur pucuk tu apa? aku panggil sayur pucuk. setengah orang panggil lain. ape tah. aku lupa. tapi aku memang panggil sayur pucuk.

ini le rupa sayur pucuk yang tengah direndam.

mesti pernah makan punya. penggemar lontong konfem tau, sebab lontong akan ada sayur ni. siap sidai baju semua baru aku start masak. before tu prepare je mana-mana yang patut. kang time tu nak goreng ikan, time tu jugak nak sidai baju, tak terkejar pulak. lama jugak la aku bertapa kat dapur tu. sambil goreng ikan, sambil masak sup. tak, sambil rebus ubi kentang. kena rebus dulu kan kasi empuk. tu ambik masa sikit. tambah tolak tambah tolak, semua siap pukul 1.30. adik? dia dah siap makan kat luar balik sekolah. cess. takyah kelam kabut nak masak.
 

there it is. sup yang hampir nak siap. tak siap lagi time ni.

beria kan aku siap ambik gambar. nak tunjuk hasil kerja seorang diri. kalau buat kerja dengan papa @ mama, tak yah tunjuk pun takpe. :D

bukan nak kata apa la. kerja suri rumah ni pun penat sebenarnya. tak kerja kat luar, duduk rumah bukan duduk goyang kaki je. mana nak kemas rumah, nak masak, basuh baju, kalau ada anak, nak jaga anak. aku yang baru berapa jam masak sorang-sorang, kemas rumah sorang-sorang, pun rasa penat. lepas zohor terus terlentang baring. papa pesan suruh goreng keladi, buat minum petang, aku surrender. balik tu mama yang goreng. serius penat. memang salute lah dekat mak-mak yang jadi suri rumah sepenuh masa. aku rasa, lagi penat kot dari kerja duduk kat ofis.
 
 tapi aku dah mula suka memasak. before ni memang tak suka. nak kate tak reti tu, kalau ada bahan depan mata, boleh je jalan. 1st time aku buat sup dulu pun aku main hentam je. mana-mana yang aku ingat bila mama pesan, aku buat la. tapi aku tetap prefer buat kek & cookies. :D


aku: tak de nak bosan cuti ni kalau setiap hari ade je kerja.


adios~~
with ღ
n@n@

rajin sikit.

my new layout.
tiba-tiba rajin pulak nak tukar layout kan.
edit sana sikit. sini sikit. nak yang simple je. tak nak bunga-bunga.
wujud la layout nih.
mood sekarang nak mencantik kan blog nih.
layout ni pun tak berapa siap lagi. main try-try jer. sementara jaa.
tapi rasa macam ni pun ok jugak kan. simple mimple je.
 
 
aku: musim kenduri tiba. bermakna musim menambah berat badan juga bermula.
 
 
adios!!
with ღ
n@n@

Monday, November 22, 2010

tarapapa.

sekejap je dah seminggu bercuti. tapi yang still ada exam lepas raya tu, tak start cuti lagi. minggu ni last exam week kat UMP. dengan final year student yang nak present PSM diorang. suhaila. kalau ko baca blog aku. all the best yaa. :D
azab terakhir tu. kasi all out. :)
hari ni baru mula mengemas bilik. setelah seminggu barang-barang tu terdampar macam tu jer. seminggu nak hilang penat. haha. over betul. kena amik feel dulu, nak pikir nak letak mana barang-barang tu. pagi tadi siap kemas barang je. baju belum lagi. itu tunggu bila-bila ada feel pulak. bukan apa. almari sedia ada tak cukup nak menampung dah. kena tunggu almari baru. :D ok. sekali lagi kena dengar ceramah free mama.
 
ada orang tu nak pergi indon. i tau u baca blog i. i nak ole-ole dari indon bole? haha. nanti taun depan i tuntut dari u. kalau u pergi shopping la. tapi mesti pergi jugak kan. hehe. :D
ah. i miss the moment with the girls. even they're younger than me. walaupun setahun jer. rasa macam dah tua sangat jer. cess.
 
 
aku: SPM dah mula. all the best bro.
 
 
adios!!
with ღ
n@n@

Thursday, November 18, 2010

finally.

hooyeah!!
finally. i'm home. selamat menjejakkan kaki di bumi selama, perak ni pukul 10 malam, 16 November hari tu.
habis je last paper pagi tu, pukul 11, terus gerak balik rumah. duduk lah aku hampir 12 jam dalam kereta tuh.
barang-barang tak terkata banyaknya.
well. kalau dah nama perempuan kan. mak aku punya membebel tak yah cerita la.
sekarang pun kat rumah ni tak terkemas lagi barang-barang.
raya haji pun bilik bersepah. penat lagi nak mengemas.

semalam hari raya haji.
selamat hari raya semua. harap-harap tak terlambat lagi nak buat ucapan. :D
semalam tak pegi beraya pun. orang yang datang beraya kat rumah kami.
semua sepupu-sepupu mama. even penat baru balik pun tak hilang lagi, still kena melayan tetamu jugak.
masak la apa yang ada. sori, kali ni takde kuih raya.

tinggal satu semester lagi before aku betul-betul habis belajar.
sem depan praktikal. finally ada jugak tempat untuk intern. kat AMD, penang.
excited memang excited. tapi perasaan takut tu lebih lagi.
new place. new environment. new friends. everything new lah.
mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar lah. 

sape kate tak sedih dah habis belajar. sape kate tak sedih tinggalkan bumi gambang tuh.
walaupun seronok dah habis belajar. tapi tetap sedih. lepas ni kalau malas-malas nak pegi kerja, takde maknanya nak suka hati ponteng macam ponteng kelas. kalau bangun lewat pagi, boleh burn kelas pagi. kalau dah keja, berani pulak la kan. well. itulah namanya cycle of life kan.



aku: to my bul-bul's mate. i miss u guys. haha. :D



adios~~
with ღ
n@n@

Thursday, November 11, 2010

paper 2.

selesai lagi satu paper. 
semalam paper final yang kedua. diescrete math.
soalan senang. tapi kalau diikut dengan gaya lecturer yang suka cari kesilapan, ada je yang tertinggal tolak setengah markah, tak tulis sikit pun tolak setengah markah, soalan senang pun boleh jadi susah.
hari ni rehat sekejap. sambung esok pulak.
tapi yang bestnye semalam. tengok soalan nombor satu. terus tinggal. jawab soalan nombor dua dulu. last baru jawab soalan nombor satu. ingatkan aku sorang je buat macam tu. keluar-keluar dewan exam, sembang-sembang dengan member, ramai rupanya yang buat macam tu. gelak-gelak semua orang. bukan susah pun soalan. dah kata soalan senang kan.
tapi tah. semua malas nak jawab kot. misteri betul soalan tu. haha.



aku: adik aku dah dapat motor sebijik. aku bila nak dapat keta sebijik. oo.abang?


adios~!!
with ღ
n@n@

Tuesday, November 09, 2010

paper 1.

quick update.
hee. ok. pagi tadi dah lepas satu paper. subjek hubungan etnik.
walaupun berlaku sedikit kekeliruan tempat exam, tapi dah jawab dah exam.
tapi sampai ke petang orang bpa cari aku.
haih. tak perlu la story aku rasa. benda complicated. ke korang nak tahu jugak? hehe.

overall question ok. banyak amik dari past year. cuma dalam english la kan. essay pun seperti yang diberitahu dalam hint. mudah-mudahan dapat la A kali ni. wee..

balik exam tengok handset, puan hasnah msg tanya boleh jawab ke tak paper etnik tadi. risau student dia tak boleh jawab kot. aku pun terus kol balik. sembang-sembang 2,3 minit. gelak-gelak sekejap. harap-harap puan kasi la A ye kat saya. :D
sempat lagi pesan suruh setelkan evaluation tu. nanti lecturer kena marah. haha.


aku: seronok belajar etnik dengan pn.hasnah. ada umur panjang, kita jumpa lagi yer puan. =)



adios~!!
with ღ
n@n@

Saturday, November 06, 2010

kasi update sikit.

ok. kasi update sikit.
sekarang dah nak start final.
so. masa untuk berblogging sangat terhad. bangun pagi aku teringat peristiwa 13 mei. unko. usno.
oh. itu untuk subjek hubungan etnik. nak tidor aku teringat algorithm. graph.
belum lagi mengigau pasal query by language. sql command.
haha. walaupun hanya 4 subjek. tapi sama je macam nak ambik spm dulu.
err.. ke spm lebih lagi tah..


aku: ini bermakna kurang dari 10 hari lagi aku akan bertapa di bumi gambang ini.



adios!!
with ღ
n@n@