Sunday, August 26, 2012

A reminder.

terjumpa ini masa tengah tengok facebook..lepas tu rasa nak copy paste kat sini..senang nanti nak baca balik kan..tak susah nak cari..reminder untuk diri sendiri sebenarnya..oh, terjumpa dekat KhadimulQuran punya facebook..

Kebanyakan daripada kita apabila berfikir soal jodoh, pasti akan tercetus rasa takut walaupun sedikit. Mana tidaknya, kita memikirkan tentang siapakah jodoh kita, bagaimana agamanya, akhlaknya, keluarganya, dan seribu macam persoalan lagi.

Persoalan saya, kenapa kita takut?

Hakikatnya ialah, kita takut kerana kita tahu diri kita ini tidak seberapa. Tidak sempurna. Banyak cacat-cela. Sedangkan dalam masa yang sama, hati ini mendambakan pasangan yang serba-serbi lengkap. Agama. Cantik. Hensem. Cerdik. Berharta. Dan berbagai-bagai lagi permintaan. Jadinya, kita takut kalau-kalau pasangan kita pun macam kita.


Semua itu dalam tanpa sedar, telah menjauhkan keyakinan kita terhadap janji Allah s.w.t. iaitu lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.


Seeloknya, jika kita mengidamkan pasangan yang baik dan sempurna, kita hendaklah memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik. Lengkapkan diri dengan segala kebaikan. Upgrade supaya lebih bagus dari hari ke hari. Insya-Allah, Allah tidak akan mengecewakan hamba-Nya. Bahkan Dia tidak akan memungkiri janji-Nya.



dah kenapa aku ni semenjak 2 menjak ni asyik cakap pasal ini jer..penangan orang-orang sekeliling la ni..kawan karib, sedara mara semua dok bercerita pasal benda ni..tunggu jap..nak selesaikan hal hal lain dulu sebelum fikir benda ni..kena buat preparation diri dulu sebelum prepare benda lain..


tweettweet : september. :) :) :) the beginning.

Saturday, August 25, 2012

cerita raya 2012 - part 3

part 3..maybe end of cerita hari raya..nak buat banyak part sebenarnya..tapi rasanya lepas ni mungkin jarang-jarang nak bukak belog ni..mungkin laaa...kalau rajin nanti sambung part 4 ke 5 ke..ni nak cerita hari ni punya cerita..pagi tadi pergi kenduri tunang dua pupu..memandangkan rumahnye sebelah taman jer, haruslah pergi kan..bawak la 1 bekas hantaran..mama nak bagi satu la kan..bagi coklat jer..
 
 
coklat yang di bagi.
 
nak keluar kereta mama cakap.
"nah adik bawak hantaran masuk rumah."
"laa..nape pulak..mama la bawak...."
"ape pulak mama..mama orang tua..orang muda la bawak hantaran."

terdiam jap..ada maksud ke kena bawak-bawak hantaran ni? -.-


hantaran-hantaran

dah masa sesi posing-posing dengan maktih, tangkap la gambar sireh ni..maktih pulak cakap.
 
 
 
"ambik satu daun sireh bawak balik."
"nape nak ambik pulak."
"yela...orang tua-tua kata kalau kita curi-curi ambik bawak balik makan, nanti cepat kawin..tapi tuan rumah tak boleh tau la.."
"pulak...macam tu ke..."
"yela...haa..ni nanti esok dan dan dia masuk meminang terus..tapi maktih curi banyak kali dah pun, tak kawin cepat jugak"
 
-___________________-
 
ayat maktih yang last ni memang kelakar..tapi ambik juga sehelai daun sireh tu bawak masuk beg.beria la kan curi daun sireh tu..last-last dia cakap macam tu..
tunangnye sepupu ni orang depan rumah je..jodoh kan...papa memang kenal sangat dengan family bakal suami sepupu aku ni..orangnye pun aku kenal-kenal gitu je la..tak kenal sangat-sangat pun..zaman sekolah rendah dulu je..dah habis sekolah rendah terus merantau..memang tak kenal la orang-orang kampung halaman ha..jiran satu taman je kenal..yang tak satu taman tak kenal..orang pun taktau papa ada anak perempuan..haa..cemana?
 
mama dok ulang seronok la dapat orang dekat..tak susah ha..ulang ada maksud tu..tapi buat tak ambik tau..nanti buatnye pergi cari orang taman sebelah tu, menangis je nanti..tapi mama tak macam tu.. :) :) :) yang penting anak-anak dia bahagia..cheewah..



tweettweet : nak taip panjang lagi..tapi pening..bye!
 

Friday, August 24, 2012

cerita raya 2012 - part 2

raya ke - 6 dah..meh sambung story raya..
masa raya kedua hari tu, abang balik kan..lepas tu dia request nak ayam masak merah..selalunya tiap-tiap tahun memang papa buat ayam masak merah..tapi tahun ni tak buat..ada rendang ayam dengan kari daging je..maka, disebabkan itu, lepas papa balik kerja je terus pergi beli bahan nak masak..malam raya ketiga gigih buat ayam masak merah..

nak jadi penyedap cerita lagi..abang pun gigih salin resepi nih..konon-konon nak cuba masak la kot nanti kat rumah dia..mula-mula aku tak amik port nak belajar ayam masak merah ni..aku memang la tak reti lagi resepi lauk kenduri ni kan...tapi takde pulak nak belajarnye..nak makan aje pandai..ha, sekali papa dah start tumis bahan-bahan tumis tu..aku dok menyetelkan baju baju kat mesin basuh tu..abang datang dapur bawak pen dengan kertas lapik tutup periuk..gigih tak gigih nak belajar ayam masak merah..takleh jadik, kena tengok jugak ni cara-cara memasak..resepi papa kan..kena warisi nih..tapi kite bajet pandai la kan, takyah pen dengan kertas, hafal je..lepas tu papa jadi masterchef kat dapur dengan 2 orang anak murid..

sesambil tu boleh pulak abang suruh teka paham ke tak tulisan dia..tulisan dah macam tulisan doktor..eh, tulisan abang cantik tau..siap bersambung-sambung..kalau dalam miscrosoft word tu yang jenis kaligrafi ke ape tah tu..bersambung sambung..tulisan aku tak cantik..tapi comel..haha! dah.sambung cerita..paham je abang tulis apa..dia kata kawan dia tak paham dia tulis apa..agaknya dah dia abang aku kot, semua benda paham..dah lepas main-main, borak-borak, ayam pun masak..pukul 12 makan lemang cicah ayam masak merah..abang je..aku dah lena dibuai mimpi pukul 12 tu..belajar pun tak habis..alaah..tapi tau jer nak masak nanti..berlagak lagi kan..takpe..nanti dah balik kl nak buat ayam masak merah..


si hensem yang baru 3 bulan..tapi dah macam 3 tahun..


tweettweet : motif utama entry ini adalah ayam masak merah..tak ada kaitan dengan gambar di atas..

Tuesday, August 21, 2012

cerita raya 2012 - part 1

salam syawal 1433H. :)
hari ini dah masuk hari raya ketiga dah..aktiviti hari ni taktau lagi..memandangkan hari pertama pergi beraya..hari kedua merayakan orang..hari ketiga mungkin pergi beraya balik..dan aku ada semangat pulak nak menulis satu entry raya kan..sebab sekarang semua orang tengah tido lagi, boleh menulis dengan perasaan..nanti abang dah keluar bilik, tak senang duduk dah aku..

eh, masa raya pertama hari tu, first time jumpe sedara sebelah mama yang kerja kapal tu..dah kata kerja kapal, memang susah lah nak jumpa kan..dah kebetulan dia cuti raya ni, baru boleh jumpa..dah tetiba aku cakap pasal dia kan..sebab bila jumpa peramah ya amat..interview aku macam orang nak interview kerja..dah lepas tu kami sembang 2 orang tak ingat orang sekeliling dah..wee~ sebaya kata..banyak la topik topik orang sebaya kan..tetiba maktih masuk nak kenen kenen kan..sabar je lah..sampai balik ke rumah pun topik orang kerja kapal tu tak habis..sebab semua cakap dia dah hensem..haha..tu sebabnye..orang bawak kapal,bawak kapal terbang mesti imagine hensem.. :D

raya pertama cuma pergi rumah tokwan, rumah sedara mama yang anak dia kerja kapal tu, rumah sedara mama lagi..semua sedara mama lah..petang tu, papa dengan mama pergi rumah sedara papa pulak..aku, maktih, makuda dengan dikmei pergi taiping sentral..bertuah kan..lepas tu tengok orang makan mcD..raya-raya pun makan mcD..tak feel raya betui..oh, kami pergi sana saja nak berjalan je..dah aku dengan heels 3 inci..sampai taiping sentral terus beli selipar pakai time tu jugak..bajet pakai heels nak pi rumah-rumah sedara jer..dalam kereta, bukak la..ni dah berjalan shopping kompleks..krem jugak kaki ha..


this is us..me, maktih, makuda..

raya kedua hari meraikan orang..pagi-pagi lagi family maknjang dah sampai..kami tengah bersilat kat dapur lagi nak masak mee kuah..tu pun pepagi lepas subuh terus pergi pasar cari bahan..sempat maknjang pergi beraya ruma orang lain dulu baru datang balik rumah aku..itupun ramai dah pembantu-pembantu, maktih, makuda, kak eda, mama..pukul 2 jugak baru siap masak..lepas family maknjang, kawan-kawan abang pulak yang datang..lepas tu family kak eda pulak..memang tak putus-putus orang datang..dan lepas tu tepat pukul 11 aku pun dah belayar..ponat weh..ponat..

masa family maknjang dengan paknjang datang, nak salam tu paknjang cakap.
"nanti nak makan nasi minyak jangan ler lupe jemput".
aku cakap..
"tak lupe paknjang..paknjang doa je saya jumpe jodoh nanti."
tiap kali raya, itu je yang dia cakap tiap kali nak salam..tahun depan kalau tak kawin lagi itu jugak yang dicakapnya jugak nanti..konfem..

dan sekarang mari sambung beraya..nanti sambung lagi cerita raya..
selamat hari raya!!



tweettweet : baju raya kat tailor lagi..sobs..sobs..


Friday, August 17, 2012

this feeling.

i write this last night..but i set it to publish today..
because? no reason..
 
i have this feeling once..i don't want to feel it anymore..
i'd promise for myself never ever to be in this situation..
but now, it comes again..and i'm afraid..
i'm afraid to accept that i have this feeling..again....
once is enough for me..
but i can't avoid it..O Allah..please guide me..if this is the answer for all my prayer..
i don't have that strength anymore...
i'm just afraid...afraid...again... T_T


kalau dah dapat pembayang, boleh ke terus dapat jawapan?
kalau pembayang salah, jawapan pun salah..
how i wish u understand what i feel..takut itu takut yang sangat takut.


puasa dan raya.

niat di hati nak mengupdate cerita di bawah..tapi idea nak tulis pasal tu tak keluar pulak..sebab raya dah nak dekat..feeling raya tu yang lebih..lepas raya baru cerita pasal tu boleh tak...boleh aje lah kan..belog aku, maka suka hati aku nak tulis apa..

kalau sebut raya, ada la rasa sedih sikit-sikit..sebab banyak benda yang jadi bila dekat dekat nak raya ni..tak kisah lah yang happy ke..yang tak happy ke..memori tu mana boleh lupa kan..there's thing that i should not remember but when raya is just around the corner, suddenly it comes..i should forgive that person, but till now, that-hate-feelings always there..haish..orang nak raya patut happy kan..since i think this raya will be most exciting raya.. :) :) :) maka perlu ceriakan diri..dan juga sebab beberapa jam lagi nak balik kampung..yeay! nak jumpe kelabu kesayangan..

Ramadhan dah nak habis..Alhamdulillah..dapat berpuasa dengan tenang..walaupun ada jugak la anasir-anasir yang sentiasa nak menggugat kesabaran diri ini..tapi berjaya bertahan dengan sebaik mungkin..semoga kesabaran ini akan terus kekal dalam diri aku untuk beberapa waktu..sampai bila? tengok la lepas raya ni macam mana..maka, untuk sesiapa yang baca belog aku ni..especially you yang selalu tiap-tiap hari suruh i update belog...

aku nak ucapkan selamat hari raya..maaf zahir dan batin kalau ada tersalah kata..terkasar dalam berbicara..terpukul kat mana-mana kan..biasalah, kadang tangan aku ni tak boleh duduk diam.. :D
semoga beraya dengan gembira disamping family tercinta..jemput la datang beraya kat rumah..dekat je perak tu..naik flight 10 minit dah sampai...haha


tweettweet : semakin hari semakin.......

Monday, August 13, 2012

a piece of cake.




ada orang candid gambar suka hati..tapi takpe, i suka ini gambar..wee~
later-later i share story yer..copy paste je gambar ni sebab i takde kamera yer..
oh..ini masa event herbalife semalam..peace! ;)


tweettweet : senyum sorang-sorang dari pagi sebab ada orang buat lawak semalam.

Friday, August 10, 2012

penat.

tadi tengok waris..lepas tu sekarang tak boleh nak tidur..dan fikir oh, esok jumaat..tidur lambat tak apa..selalu macam tu bila khamis malam jumaat..tolak esok, tinggal 4 hari nak masuk ofis sebelum bercuti seminggu untuk raya..dan sekarang tengah menangis sebab emosi tak stabil, fikir apa nak buat..percaya tak?

every night, before sleep i'll always think..what should i do tomorrow..what should i do..
semenjak 2 menjak ni banyak benda yang jadi..lepas tu buat blog ni macam ni diari sendiri tak ada orang nak baca kan..padahal punya ramai orang jadi silent reader..lepas tu bila nak tulis luahan hati perasaan terus tak jadi..tekan backspace banyak banyak..last last tersimpan elok dalam hati...kalau dah tak tahan sangat, sebelum tidur menangis sekejap, sampai tertidur, esok pagi bangun pergi kerja gelak-gelak macam tak ada apa..ini dalam masih kuat semangat lagi..walaupun sebenarnya, memang tak kuat dah ni..

sebabkan aku tak reti nak marah orang, maka aku akan takut kalau orang marah..kalau aku marah sekali pun, at the end, aku menangis sendiri sebab marah sangat tapi tak boleh nak marah..paham?
aku jugak sensitif..memang cepat terasa..walaupun benda tu tak sepatutnya aku terasa..tapi dah nak terasa nak buat macam mana..tapi ini dah habis tak ambik port dah nak terasa terasa korang nak cakap apa..cakap la apa nak cakap..sebab aku memang tak sempurna..last-last simpan dalam hati sendiri..boleh bayang berapa banyak benda simpan dalam hati? esok tu gelak gelak je lah kan..

berdoa dengan Tuhan aku tak lupa..itu dah memang kewajipan..cuma kadang-kadang aku rasa tak mampu nak bertahan lagi..masih tak dapat nak buat keputusan..tak tahu..tak tahu..dan tak tahu..semoga dipermudahkan untuk aku buat keputusan...dan lepas tu aku pun mengarut la macam ni kan..sebab tak tahu nak fikir apa..i can only say..selagi aku masih boleh bersabar..aku akan terus bersabar..sampai bila aku tak tahu..mungkin sampai aku dapat jawapan yang tepat dan pasti..

u can see me smile..laugh..happy..that's because i'm trying to make myself happy..
mungkin sebab hati ni lembut sangat, senang sangat mata nak keluarkan air..banyak kali dah cakap kan benda yang sama..dah sebab tak reti nak keraskan hati macam mana.

dah..cukup lah..penat dah.

Thursday, August 09, 2012

untuk dia.

tak tahu apesal tah dok suka nyanyi lagu najwa latif ni..
untuk dia.
aku suka muzik dia..ala-ala santai gitu kan..lagu dia kan semua santai je..
lepas tu boleh pulak melayan ikut nyanyi..sekali terikut takpe jugak..
ni setiap kali dengar radio, ada lagu tu, mulut pun dok nyanyi sama.. :D

tapi aku suka part lirik najwa nyanyi tu.
sebab tu kot suka lagu ni.
 google sendiri la eh lirik dia.
 
 
tweettweet :  semangat..tolong jadi kuat lagi...sekarang dah nak roboh dah..

Monday, August 06, 2012

books and me.

semalam, bosan duduk rumah..maka gagahkan diri pergi jalan-jalan..
gagah sebab tengah hujan..orang lain konfem tarik selimut hujan petang-petang..aku gagah meredah hujan, sebab tangan gatal rasa nak beli something something kan..ahaha..
tapi, tak ada lah redah sangat pun..tumpang kereta orang jer.. ;D

aku ada satu hobi, suka masuk popular..jalan-jalan tengok buku apa yang menarik..agak-agak baca sinopsis menarik, terus ambik pergi bayar..memang tak fikir 2,3 kali macam nak beli baju atau kasut..dan sekarang bilik aku pun memang penuh dengan buku dah..kali ni nak share 2 buku yang aku beli semalam..sebelum ni tak rasa nak share sebab rasa macam biasa-biasa jer..this time, aku rasa buku-buku ni memang sangat interesting... :)



walaupun baru baca beberapa part untuk permulaan..tapi memang boleh buat senyum sorang-sorang.. :) dalam buku ni ada 50 resepi..dan setiap resepi tu ada cerita tersendiri dari penulis..sangat mendalam maksud setiap resepi tu..sambil-sambil tu boleh lah improve skill memasak lagi kan..sebab aku pun suka la jugak masak memasak ni kan..sebab tu baca sikit je, terus beli..main reason nye masa mula-mula sebab ada banyak resepi dalam tu..sesuai dengan tajuk, bukan sekadar resepi je yang ada.. :)


second book yang aku beli..


haha..jangan gelak..ini serius..sebabnya kadang-kadang bila buat luahan perasaan dengan besfren, sikit-sikit jawapan taktau..semua pun taktau..so, we need something untuk cari jawapan yang kita tak tau kan.. ;)
so, for my besfren yang selalu kita sharing sharing kan, i suggest u read this book too dear..mungkin boleh tolong sikit-sikit untuk buat preparation kan.. ;) aku dah baca sikit jugak..part of it..and i know, i can find something with this book..kalau nak pinjam, tunggu aku habis baca dulu eh..ahaha.. ;D


i loveeeee reading..
kalau dapat bercuti, duduk dalam bilik, mengadap pantai sambil baca buku, don't ever disturb me..
peace! ;D


tweettweet : sekarang dah jarang beli novel dah.

Saturday, August 04, 2012

majlis berbuka puasa herbalife.

selamat pagi! :)
tengah malam ke awal pagi ni nak kira..gigih menaip entry sebab hari ni mood aku bertambah tambah gembira..wee~~ oh, sebab tadi pergi majlis berbuka puasa..yang semalam cerita tu..majlis berbuka puasa herbalife dekat dewan merak kayangan bersama sama dengan my other half motivator and his family. :) banyaknye makanan toksah cerita la kan, tapi aku hanya mampu makan beberapa ketul kuih dan semangkuk laksa..selebihnya curi makanan orang sebelah sikit..ahaha..orang tu dapat kambing, berulang kali lah makan kan... *gelengkepala* :D

ingat majlis buka puasa herbalife, minum produk herbalife je ke..makan lah suka hati nak makan apa kan..lepas tu cover balik lah kan..so, tak ada masalah nak makan banyak mana pun..
"herbalife is a product for those people who loves to eat"
kita nak makan banyak-banyak, at the same time kita nak sihat kan..kalau sakit dah mula la itu ini nak kena pantangkan..so...fikir fikir lah. ;)

oh..and i learn new things today masa kat majlis tadi..bila berpuasa, akan ada satu masa perut kita akan rasa pedih perut lapar..sebabnya, masa itu asid dari perut kita di producekan dengan banyak..dan asid ini hanya menyerap cecair dalam badan..so, kalau kita sahur makan makanan bergoreng, berminyak, berlemak, maka ia akan menyerap lah segala lemak-lemak itu..if i'm not mistaken lah..correct me awak kalau statement saya ini salah yer.. ;) that's why bila bersahur dengan shake, yang juga merupakan cecair, ia akan menyeraplah segala nutrisi yang ada dalam shake itu..see..kita dah beri nutrisi yang baik dalam badan kita..

dan sememangnya aku tak terasa lapar sepanjang berpuasa..tak letih..yang penting memang dah takde pedih perut..al maklumlah aku ni dulu memang tak boleh lari dari gastrik..dah beberapa tahun puasa, kalau tak kena gastrik sekali memang tak sah..alhamdulillah tahun ni takde kena..mudah-mudahan hilang terus lah gastrik aku lepas ni.. :)


 
tweettweet : gambar takde..nak tengok gambar sila lah cari beliau. ;D

Thursday, August 02, 2012

a better umbrella.

dah masuk ogos pulak..sekejap kan..dah masuk ogos bermakna dah masuk 6 bulan aku bekerja..fuhh..tempoh yang mencabar...boleh tak time nak sign confirmation letter nanti taknak sign..errr...

oh..sorang sorang besfren kite dah nak masuk fasa berkahwin ni..sorang tengah survey rumah..sorang dah nak ke risik merisik..seronok untuk korang..masing-masing tengah sibuk buat persiapan kot..tak kire la cepat ke lambat kan..takpe lah, setelkan hal korang dulu yer besfren, nanti time aku korang tolong fikir eh.. ;D
aku mendoakan kebahagiaan korang.. :)

eh..sebenarnya hari ni mood tak berapa bagus..dari pagi dah rasa macam takde perasaan..tapi memang betul la tu feeling tu..sebab sumting happened dekat ofis kan..yang buat aku rasa sumting sumting..
tapi takpe..esok dah jumaat..dan jumaat hari yang sepatutnya kena happy happy..oh, lagipun esok kite ada majlis berbuka puasa kan..majlis tau..majlis..walaupun sebenarnya esok ada dua majlis..tapi, family comes first kan..cheewaah..dah..berangan je lebih..


source : islamic thinking tumblr


Ya Allah..I really need a better better umbrella..... T_T



tweettweet : but thank you..you made my day today... :)