Friday, December 24, 2010

fitnesse dan omega.

Day 07 - A picture of someone / something that has the biggest impact on you

Jumaat sudah. means. tinggal lebih kurang seminggu je lagi before semester baru bukak. itu jugak bermakna tinggal seminggu je lagi before aku mula praktikal. ummph. tak feel pulak nak mula kerja ni.

hari ni nak sambung cabaran hari ke-7. well. penat jugak pikir idea tentang tajuk. i do have someone that give the biggest impact to me. tapi malas ah nak cerita. haha. ehem. ehem. memandangkan tengah menjalankan kempen "jom jogging" dengan my besfren kat rumah ni. kitorang pun menjalankan aktiviti "jom makan fitnesse" jugak. berebut kot makan fitnesse dengan dia. tiap pagi lepas joging makan. malam pukul 8 makan. konon nak jaga makan la kan. dah kate nak diet kan. makan harus lah dijaga jugak. sia-sia la pi joging tapi lepas tu hentam makan banyak.



tada..fitnesse & fruit. my fevret la setakat ni. ada 3 perisa. tapi antara 3,3 aku suka yang ni lagi. sekotak ni tahan la seminggu. kalau sebulan 4 minggu tak ke 4 kotak. aku baru makan 2 minggu. so, dah 2 kotak habis. aku sorang. diulangi, aku sorang je melantak benda alah ni. sejak-sejak tengok iklan la nih. ish.ish.ish. berat terkini? tak tau lagi. tak berani nak timbang dah. haha. betapa hebatnya fitnesse ni menggoda aku. tapi makan cereal ni memang kenyang sampai tengah hari. malam pun makan before pukul 8. tahan la sampai nak tidur. kalau tidur pukul 10, takdenye rasa lapar.


punya nak diet kan. sanggup tau beli seminggu sekotak. minum dengan susu omega. giler lah. susu pun nak demand tau.



aku: tapi kalau dah hari-hari asyik masak makanan best-best jer, diet pekenamanya.
 
 
adios!!
with ღ
n@n@

Thursday, December 23, 2010

masin.kahwin.kahwin.masin

selamat petang. hai.hai semua. wah. excited pulak yer.
kesian dah blog ni ha. ceh. jgn cakap blog. facebook dengan twitter pun terbiar dah.
makin lama makin malas nak beronline-online nih. habih sangat, bosan, melayan k-pop je kerje. cess. ajaran sape tah ni.

eh. tadi kan baru lepas buat mee kuah. setelah bertungkus lumus dari pagi kan. makanan macam tu. memang lama la nak siap. renyah tau tak renyah. nak perisi ketam bagai. ni dah rajin sangat la ni kan baik hati nak masak mee kuah. lagi pun first time buat ikut resipi maktih bagi. nak jugak la try kan. alang-alang tengah bercuti sepenuh hati. aku duduk rumah semua benda aku nak buat. kuih talam ko pun dah lepas yana. :D
lepas tu report kat maktih. last-last maktih jugak kempunan tak dapat makan. :D

eh. nak cerita pasal mee kuah tadi. alkisah terlajak bubuh garam. gila masin ya amat garam nih. sebelum nih bubuh garam 3,4 sudu kecik pun tak masin. sekali tadi bubuh kuantiti yang sama. boleh kena darah tinggi aku rasa. garam ni masin sangat. 
*salahkan garam yang masin gila. sape suruh masin sangat.
dah nama resipi pun main ingat dalam kepala je kan. mana nak details bubuh berapa camca garam. berapa gelen air. berapa kilo udang. main hentam ja. ikut kata hati. cheeewah..yela. bukan nak buat kek pun. itu ya la kena ikut sukatan betul-betul. kang buat kek main hentam ikut suka, tak jadi kek pulak.

lepas tu nak cover la kan. konon tak nak bgtau mama lagi. pi la hantar mesej kat sorang hamba Allah ni.  dia bagi la petua nak hilangkan masin. lepas tu siap boleh kata.
"orang tua-tua kata, kalau masak masin ni, dah nak kawin".
amboih. suke hati kamu je kan. haha. awak.awak. orang tua mana la yang cakap nih. tapi, kalau betul pun wak, apa salahnya. hahaha. cehh. gatai!
tapi petua dia bagi tak menjadi. kuah tu tetap masin. last-last kena jugak bgtau mem besar. neutralkan pun tetap masin jugak. ish.ish.ish. berapa banyak gula taruk pun aku tak tau nak neutralkan kuah tu. at last, boleh jugak la makan kan. tak kena darah tinggi punya. mem besar kate sedap. big boss pun puji. ehem.ehem. :D yer. tau. still slack kat masin tu je.

bak kate maktih. takpe. 1st time buat. tak dapat tune dia lagi. ah. gaya macam nak buat banyak kali je kan. tapi dia dah pesan, duduk rumah dia nanti kena masak semua benda yang dia tak dapat rasa. ada gaya macam nak kena kerahan tenaga nanti ni.


aku: betul ke? kena masak masin-masin la selalu lepas ni. hahaha.


adios~~
with ღ
n@n@

Thursday, December 16, 2010

duit.duit.

"duit. duit. di mana kau duit. duit. duit."
 
mesti semua orang pernah dengar lagu tu kan. sape nyanyi tah. hattan tak salah aku. aku pun ingat-ingat lupa. lagu tang korus tu je yang aku ingat. haha.
hari ni bukan nak cerita mana nak dapat duit ke apa ke. tadi aku baca suratkhabar kosmo. tajuk depan pasal mak dengan anak jadi penyamun. anak perempuan pulak tu. samun sampai 20 000 ringgit. ish.ish.ish. alasannya sebab dah tak tahan dengan bebanan hutang. dengan anak ramai lagi. anak nak sekolah lagi. anak sakit lagi. kesian kan. lagi kesian sebab dah sampai tak boleh nak pikir elok-elok buat keputusan nak menyamun. yang lagi kesian sebab kaum perempuan pulak tu. zaman sekarang ni, bukan setakat lelaki je yang bahaya, perempuan pun dah sama bahaya.

tak lama lepas tu. aku tengok tivi pulak. wanita hari ini. tajuk perbincangan diorang hari ni, "wanita boros, lelaki jimat". again. pasal kewangan. then, buat aku terfikir, boros ke aku nih. haha. tak payah pikir memang dah tau, aku suka berbelanja. tapi tak tahu la nak kate boros ke tak. boros tu macam mana eh. semua benda nak beli. tapi tak pakai pun. macam tu ke? keinginan nak membeli tu sentiasa meluap-luap dalam diri ni. tapi bila pikir 2,3 kali, kalau rasa tak penting, tak beli jugak. kalau ada benda yang betul-betul sangat sangat aku nak, aku beli la jugak.

aku rasa sama je lelaki ke perempuan. dua-dua kalau ada yang jenis suka berbelanja tu, memang akan belanja punya. contoh terdekat abang aku la kan. dia tu kuat belanja jugak tu. minat dia dengan pancing. habis dulu dia beli pancing berapa ratus tah. tu sebatang. kalau dah beli 2,3 batang. tak sampai beribu? then, minat dengan kamera pulak kan. beli la dslr dia satu. pastu nak cari lens lagi. tu pun beribu jugak. lepas tu bela kucing pulak. habis segala barang penjagaan kucing tu dia beli, dari vitamin ke shampu bagai. belum masuk barang-barang kereta lagi. tapi sejak dia kawin ni, kereta dia maintain macam tu je. kereta orang dah kawin la katakan. haha. ehem. dah kalau dah minat kan, mesti akan belanja dengan banyak nye. same goes with women. sama je 2, 2 orang. yang penting aku rasa how we manage the money la. kalau kita bijak uruskan perbelanjaan kita, tak timbul masalah tekanan dengan bebanan hutang.

yang ni aku ngaku. aku ni tak reti nak uruskan duit sangat. asal ada duit kat tangan je, nampak apa-apa, jalan. duit ada kat bank pun, kad atm kat tangan. macam mana tuh. mungkin belum rasa susahnya nak dapat duit kan. duit takde je, telefon mama mintak duit. esok, duit dah ada balik. kalau tak berani mintak dengan mama, mintak dengan abang. sumber kewangan sentiasa ada di mana-mana. tanpa segan silu pulak tu kan. duduk rumah ni, sumber kewangan lagi depan mata. ish. ish. harapnya aku berubah la bila dah rasa susahnya mencari sesuap nasi.


aku: macam mana nak jadi kedekut??



adios~~
with ღ
n@n@


big boss.

Day 06 - Favourite superhero and why.

Gud morning. dah pukul 12.40 pagi. kira selamat pagi lah. :)
ehem. challenge dah tak jadi challenge dah. seperti yang aku kata dulu, semenjak dua menjak ni malas nak hupdate. on9 pun jarang-jarang sekali. menikmati cuti. seronoknya duduk rumah. tambah pulak sejak dah ada lesen memandu ni kan. anytime.anywhere. jalan je. tapi still tak lepas dari pekan selama ni lah. jangan harap big boss nak kasi. hmmmph.

tapi tengah malam ni 'ter'rajin pulak kan. the 6th challenge. superhero yang paling diminati. seingat aku, tak pernah lagi aku minat mana-mana superhero. tak kira la sama ada luar negara atau dalam negara. hang tuah hang jebat ke. batman superman ke. semua tu aku tak ambik kisah la pulak. so, macam tak best pulak kan nak tulis pasal ni. macam tak berjaya jugak entry kali ni. ermm...

tapi. for sure semua orang ada super duper hero masing-masing. sape lagi kalau bukan ayah kita kan. itu hero yang takde ganti lah. forever and ever. cerita sikit la pasal my hero, my papa. muka garang. ada misai. almaklum lah, bekas askar. jarang nak senyum. tapi kalau senyum, comel je tengok. haha. kalau orang tengok, mesti cakap papa garang. tapi sebenarnya, papa la yang tak pernah marah. tak pernah pukul kitorang adik beradik. jentik pun tak pernah lah. sebab mama dah garang kan. rajin marah kitorang. papa kena la jadi tukang pujuk. tapi kan. tapi kan. adik aku sorang tu takut dengan papa. sebab papa selalu marah dia. :D

 dan aku pun berangan one day nak dapat suami macam papa. macam abang. tapi orang cakap, kalau kita mengharapkan macam tu, selalunya tak dapat. yeke??
terpulang lah kan.


this is my papa. comel kan? hahaha.


aku: totally spies boleh dikira superhero tak? best lah kartun tu.



adios!!
with ღ
n@n@

Friday, December 10, 2010

4 kg.

selamat pagi semua. :) hari ni dah hari Jumaat. means dah dekat sebulan jugak aku kat rumah bercuti dengan sepenuh hati. tapi.......
semalam pergi dating dengan mira. setiap kali cuti kami mesti akan jumpa. tempat dating semalam kat playground besar. dah lame giler kot tak jejak kaki kat sana. tapi, taman tu dah tak terjaga sangat dah. sedih tengok. tapi still ramai jugak parents datang bawak anak-anak diorang main. oh. petang ni mahu pergi joging kat sana. tak boleh jadi. semalam timbang berat. naik 4 kg kau!!! tak boleh jadi. tak boleh jadi. nak sedapkan hati, penimbang tu yang rosak. terlebih 4 kg. haha. 

hari ni kena mulakan operasi diet secara sihat. suhaila sulong kata jangan makan jajan. aku tak makan jajan pun sue. mesti sebab banyak makan nasi. nak buat macam mana, lauk semua sedap-sedap. :D


aku: dah lama tak bersenam. harapnya masih berstamina. dah jadi camni baru nak bersenam ye dak.
adios!!
with ღ
n@n@

Thursday, December 09, 2010

tak semangat.

Day 05 - A picture of somewhere you've been to


Selamat pagi semua. hari ni baru nak terbuat entry yang ke-5. Nampaknya tak berjaya la nak menyiapkan satu bulan ni. ah. kisah ape aku kan. kali ni pasal gambar lagi. 
 
 gambar ni dah pernah tersiar dulu. malas nak ambik gambar lain.
 
 
erm. tempat ni kitorang dah pergi lama dulu. dalam bulan 6 macam tu kot. saje nak penuhi impian kawan kitorang sorang tu. ijan dah lama berangan dan ajak kitorang pegi bukit tinggi tu. dari sem berapa tah kitorang kat ump. tapi biasalah, kalau dah nama student, mesti sibuk memanjang, dengan assignmentnya. duit lagi kan. 

memandangkan sem lepas masing-masing dah praktikal, kitorang pun plan la untuk berjalan-jalan. demi memenuhi hasrat ijan. :)


aku: agak tak bersemangat sekarang nak mengupdate.


adios~~
with ღ
n@n@

Monday, December 06, 2010

soalan cepumas.

salam semua. hai. hai. macam lama dah tak update kan. padahal baru 2 hari. actually, last 2 days aku sibuk menolong uruskan kenduri kahwin sedara aku. abang yana. tapi aku dah sediakan 2 entry kat bawah ni untuk publish. tapi tak terpublish pulak. jadi draft. baru kejap tadi aku publish balik. takpe la. huhu.

dan semalam aku tak berkesempatan nak buat cabaran untuk hari ke-5. ponat tau tak. 2 hari berturut-turut buat kerja. balik semalam terus terlentang tidur.malam pun tidur awal.
kebetulan la pulak kan. kawan-kawan yana datang kenduri. tetiba aku tengok ada la sorang kawan dia tu muka macam familiar. tengok betul-betul, sah itu barut. terkejut jugak mcm mana dia boleh ada. rupanya dia follow kawan dia yg kawan kepada yana. keciknya dunia, pusing-pusing kat situ jugak kan. :)

so. borak-borak. tanya khabar. last time jumpa pun masa tahun lepas dia balik dari pangkor kot. tapi macam biasa la kan. aku mesti kena jawab soalan cepumas punya. aku rasa, kalau aku jumpa 10 orang, mesti 10 kali aku kena jawab soalan yang sama. cess...
kalau aku jawab no komen macam jawapan artis tak? haha.


aku: yana cakap kenduri dia aku kena sponsor kek 5 tingkat. 5 tingkat jer? aku kasi up sikit, 6 tingkat. :D


adios~~
with ღ
n@n@

Saturday, December 04, 2010

tell me your wish.

Day 04 - A habit that you wish you didn't have

sekejap je dah masuk hari ke-4. begitu jugak sekejap je aku rasa dah dekat 3 minggu kat rumah ni. tak terasa. so. kali ni pasal habit. erm. lepas pikir punya pikir la kan. habit yang aku harap aku tak ada la kan..... 
main facebook. haha.
 
betul la. aku harap sangat aku boleh tahan diri ini dari tak bukak facebook. ataupun paling koman bukak sekali sehari je kan. semua orang tahu, sape ada facebook memang akan ketagih punya. same with me. bosan-bosan, bukak facebook. habis studi, bukak facebook. bangun tido bukak facebook. cess. macam hape jer.

dah la tu. dah ada profesion baru. stalker. haha. eh. tapi seronok apa stalk-stalk orang ni. macam hiburan la. boleh ketawa-ketawa. tapi. sedih pun boleh jugak. dulu pernah jugak deactivate akaun facebook nih. tapi bertahan sekejap jer. tak tahan tengok orang tag-tag gamba lah. komen sana sini. cehh.

tapi memandangkan sekarang ada kat rumah kan. mood nak berfacebook tu kurang sikit. cerita kat tivi lagi best kot. dari nak melayan benda alah tu. kadang tu boleh la, bukak sehari sekali jer. tu pun sebelum tido malam. kadang tengah hari online, malam tak online dah. siang penat buat kerja. malam adalah waktu untuk merehatkan badan. ye ye je. haha.


aku: rasanya. korang pun wish tak nak ada habit ni kot. ke aku je.


adios~~
with ღ
n@n@



Friday, December 03, 2010

crispy popia.

Day 03 - A picture of you and your friends.
hari ni dah masuk hari ke-3 cabaran. dan jugak hari ke-3 bulan disember. semangat masih tinggi. berkobar-kobar lagi. harap-harap ianya bertahan selama sebulan nih. hehe. ok. challenge hari ni berkenaan gambar lagi. aku suka la letak-letak gambar nih. tak yah explain banyak-banyak. tapi ye je lah aku ni. satgi ada jugak merepek macam-macam. haha.


before ni asyik letak geng propa je kan. kali ni aku letak gambar diorg pulak. sebab diorang yang menceriakan hari-hari terkahir aku kat ump sem ni. cheewaah. ayat tak boleh blah. well. nak cerita apa eh pasal gambar ni. oh. dari kanan. farhana. nama kami sama. :D
sebelah tu fa. sebelah tu ida. last sekali tu aku la. tak kenai saja la. ada sorang lagi. hanis. tapi disebabkan dia jadi camerawoman. takde la dalam gambar. ini last day jugak kami bersama-sama.

time ni kitorang tengah makan crispy popia. ida mengidam. kami pun layan je. not bad jugak la popia tu. walaupun tak cukup inti. semua makan penuh selera. first and last time kot aku makan popia tuh. kalau jumpa kat mana-mana lagi mesti nak beli lagi. nyum. nyum.


aku: tiba-tiba mengidam johnnys pulak. aih.


adios!!
with ღ
n@n@
 

Thursday, December 02, 2010

disebalik nama.

Day 02- The meaning behind your Blog name
its second day. wallaweh. semangat. semangat. hehe. dan aku hanya menulis entry cabaran ini waktu malam jer. waktu siang sibuk. cehh. berlagak sibuk konon. haha.
disebalik nama blog aku? bukan apa sangat pun. nothing special. nama aku sendiri jer. that's my identity. dulu takde idea nak letak nama apa kan. last-last letak nama sendiri.
"siti farhana mohd said".

tapi sekarang dah ada idea dah. maybe. insyaAllah. early January nanti akan bertukar. kate tahun baru. semangat baru kan. nama blog pun harus lah baru. haha. cuma nak abadikan nama yang banyak bagi sweet memori. nama apa? tungguuuu..

fa. i think u know akak nak letak nama apa kan. haha. ini first move untuk cita-cita kita nih. :D


aku: 2nd day berakhir dengan jayanya. :)


adios~~
with ღ
n@n@

top chef.

currently. my fevret tv show ialah rancangan top chef.
tapi sekarang dah masuk season 4. bila masa ada season 1, 2, 3 pun aku tak tau. hari ni hari last day siaran ulangan dia. means, dah final day la untuk season 4 ni. aku pun tak tau bila masa ada rancangan ni. dulu dok tgk hell's kitchen jer. 

cehh. rancangan pun nak masak-masak kan. best la tgk diorg memasak. pastu jadi cantik. tengok macam sedap je. tapi bukan cita-cita aku nak jadi chef. aku suka tengok ja benda cantik-cantik ni. jadi chef kena kreatif. buat lain dari yang lain. dari 2 minggu lepas dok tengok cerita ni, tiap-tiap hari. and aku adore sangat dengan chef spike. tapi dia dah keluar semalam. kalah dah. huhu. tapi suka jugak dengan antonia. calm je. tak kalut macam orang lain. eh. sape menang kali ni? rasa dah sampai season 6 kot rancangan ni. ke aku sorang je yang tengok. haha.






aku: jadi chef untuk family sudah. kan.


adios~~
with ღ
n@n@

secret recipe.

pagi ni rajin sikit. lepas subuh tak tidur balik. selalu tak leh tahan. tambah musim hujan ni. lagi la liat. sebab malam semalam tidur awal kan. selalu 2,3 pagi duk layan tivi lagi. :D

aktiviti hari ni nak pegi shoping-shoping sama mama.
bukan shoping baju. shoping barang dapur. dan aku nak cari bahan nak buat kek.
lama dah tak makan kek.
ijan. rindu tak kek coklat aku? :D
eh. apa kata 1st month gaji tukar dengan aku belanja sebiji kek.
dari kenny rogers.
secret recipe dari aku. haha.


aku: bangun awal, lapar pun awal jugak.


adios!!
with ღ
n@n@

Wednesday, December 01, 2010

fakta menarik. jom baca!

Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

 
ok jangan tertipu. :D 
it's 1st of december.  sekejap je dah masuk penghujung bulan 12. macam tak percaya. dan sekejap je 5 bulan dah berlalu. and i feel much much better now. tahun depan, tahun baru, semangat baru, dan life baru. i love myself so much. haha.

and now. tiba la masa untuk cabaran sebulan. ada sape2 nak buat cabaran satu tahun tak? haha. berangan. nak update sebulan ni pun mengah. so, dengan gigihnya aku menaip untuk entry ini. semangat sungguh kan. :D
 ini la gambar yang boleh dikatakan terbaru jugak. last day aku berjalan-jalan dekat bandar kuantan. dengan adik-adik. this pic taken by farhana. not me. its just we got same name je. hehe. aku pun tak tau la bila gambar ni ditangkap. tak ingat dah. kat mana pun lupa dah. may be time nak tunggu lif kot. :D

and 15 interesting facts about me?

1. sangat malas keluar rumah kalau dah ada dekat rumah. kadang-kadang memang tak keluar rumah pun, even halaman depan rumah pun tak jejak kaki. :D

2. sebelah rumah ada jiran baru. ehem. ehem. :D

3. i love to dance. and used to dance when i was in primary school. sila percaya. :D

4. minat dengan muzik. dan suka tengok band main muzik. tapi hanya mampu tengok dalam tivi @ video jer. i wish i can watch yang real punya performance. ada harapan ke. macam takde je.

5. dah pandai menulis surat cinta masa umur 9 tahun. tapi kantoi dengan mama. cess. buat malu jer. tapi surat tu tak dihantar pun. :D

6. minat dengan cerita korea. tak kira la variety show ke. drama ke. ah. semua yang berkaitan dengan korea la. dulu pun dah minat dah. tapi dulu minat biasa-biasa jer. sekarang minat luar biasa. tapi belum sampai tahap fanatik lagi. ada rupa fans korea tak? :D

7. tak pandai tunggang motor. dulu pandai. lepas upsr. sekarang dah tak pandai. :D

8. pernah memenangi pingat perak dalam acara 100 m. tapi itu dulu jugak. masa sekolah rendah. sekolah menegah terus takde pingat dah.

9. kadang-kadang bercakap agak kasar hingga orang salah paham. orang ingat aku marah. tapi padahal tak marah pun. even my mom said so. macam mana nak cakap lembut-lembut?

10. sangat malas nak sikat rambut.

11. selain cheese dan coklat, aku juga gemar dengan perasa yam @ keladi. sedap oh.

12. tak pernah guna talian digi. asyik celcom dan maxis jer. best tak digi?

13. agak-agak dah 5 kali kot tukar number fon. setahun sekali. yang latest ni paling lama bertahan, hampir 2 tahun. berhajat untuk menukar nombor lagi nanti. aci tak?

14. tak suka memasak dengan mama. nanti semua tak kena. no wonder orang kata orang perempuan tak boleh berkongsi dapur.

15. tak pandai pakai make-up. tapi teringin nak bermake-up. :D



interesting ke? haha. depends korang la nak rasa interesting ke tak. aku dah kering idea nak melalut apa 15 benda. rasa macam semua benda dah tulis dalam blog ni pasal aku. :D
at least siap untuk hari yang pertama. tee-hee. :D


aku: sesiapa yang rajin tu. boleh la buat. :D banyak sungguh smiley.

adios!!
with ღ
n@n@

nyanyi-nyanyi.

orang sebelah berkaraoke.
seronok sungguh dia nyanyi. sampai dengar kat rumah aku nih.
lepas tu tengok cerita pulak. volume nombor berapa tah.
sama level dengan suara dia nyanyi tadi.
haha.


aku: rasa serba tak kena pulak.


adios!!
with ღ
n@n@