Thursday, October 14, 2010

mak angkat.

seronok ke ada mak angkat eh? seumur hidup aku, tak pernah ada mak angkat, kakak angkat, abang angkat. semua yang angkat angkat lah. tak percaya? sila lah percaya. huhu. dulu masa kecik kecik time sekolah rendah, kawan-kawan selalu dok main nak ambik adik angkat lah. kakak angkat lah. aku pun tak tau kenapa. padahal bukan takde kakak. bukan takde adik. pastu nak cari adik angkat, mesti laki. yang hensem. pompuan tak main lah. haha. apa hal lah.

bila dah besar sikit, kawan tanya, tak nak ambik adik angkat ke. aku cakap. adik sendiri pun tak terlarat nak jaga, nak ambik adik angkat lagi. even aku takde kakak pun, tak pernah pulak terfikir nak ada kakak angkat. zaman sekolah kan femes nak berangkat-angkat nih. huhu. nak ada abang angkat lah. pastu terus jadi boifren. 

bila dah masuk universiti, ada program keluarga angkat. konfem ada kan kalau masuk universiti mana-mana pun. tapi aku tak pernah ada perasaan pun nak involve program macam tu. boleh la nak kata tak berminat. tak tahulah kenapa. setengah orang mungkin rasa seronok, dapat kenal orang baru, dapat tambah kawan baru. tambah family baru. dapat bina silaturahim baru kan. tapi aku takde feel macam tu. 

bukan apa. bila tengok keadaan sekeliling kan. yang ada family angkat. tapi bila masalah family angkat tu, kita yang kena solve. kita yang kena serabut fikir macam mana nak settle. kita yang bersengkang mata. kalau problem tu logik dek akal mungki takpe lah kot. tapi kalau dah macam over sangat. yang agak macam tak logik je. macam tak seronok pulak aku tengok. sedangkan kita ni student. tanggungjawab kena belajar. bagus la kalau memang willing nak tolong. aku je kot yang takde perasaan macam tu. mungkin aku ni prejudis. tak suka dengan orang luar yang bukan family aku kan. tapi, entah lah. still setiap orang, lain lah pemikirannya kan. aku dah memang begini.



aku: kelas bahasa inggeris takde malam ni. yeay~!
haha. gembira lagi.


adios!!
with ღ
n@n@

4 comments:

Aisyah said...

ak pun x suka berangkat2 ni...
x pernah teringin pun~
^_^

Siti Farhana said...

hehe.
kan?? aku pun mmg tak suka dari dulu. ingat aku sorang je rasa macam ni. :D

Robot | Sakti said...

aku pom kureng gak trend mak angkat ni.Bukan tak nak berbaik ngan orang lain, tapi aku tak suka macam rasa terikat sangat.rasa tak bebas kut.

hmmmm..

Siti Farhana said...

hehe..hmm..
tu lah kan. aku pun bukan xnak.
tapi xbrapa gemar. xsama feeling dengan family sendiri. =)

apa-apa pun setiap org lain lah pemikiran dia kan.